Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

19:10 0

KUALA LUMPUR – Konstabel polis yang mayatnya ditemui di bawah jambatan bulatan Batu Caves telah dipukul di kepala dengan menggunakan objek tumpul dan berat, kata polis.

Hasil bedah siasat terhadap mayat V Divendran, 25, yang diperoleh polis Ahad mendapati tiada kecederaan lain ditemui pada badan mangsa.

Divendran dipercayai telah mati lebih 48 jam sebelum mayatnya ditemui Sabtu malam dengan kesan kecederaan di kepala, kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan di sini.

Beliau berkata polis bagaimanapun masih menyiasat sama ada anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di bawah jambatan itu atau sebaliknya.

Hanya barangan peribadi seperti kad pengenalan milik Divendran yang hilang, manakala gelang emas yang dipakai dan telefon bimbit tidak hilang, katanya.



Divendran yang tinggal bersama keluarganya di Selayang Heights, di sini dilapor hilang sejak tiga hari lepas sebelum mayatnya ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 7.30 malam.

Bapa saudara Divendran yang hanya ingin dikenali sebagai Jaya ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik Hospital Kuala Lumpur di sini berkata beliau mengenalpasti mayat anak saudaranya itu berdasarkan kasut yang dipakai.

Jaya yang juga seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, berkata beliau dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas betugas.

Bapa Divendran, M. Veeramogan, 55, berkata anaknya yang telah emapt tahun berkhidmat dalam pasukan polis dijangka mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya yang berasal dari Ampang Jun ini. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button