Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

07:59 0

http://cerciterpanas.blogspot.com
GELANG PATAH - Rumah Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad di sini, dibakar dan salah satu kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

Bagaimanapun Zulkifli bersama isteri dan dua anaknya selamat dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman Universiti di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi.

"Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak keluar.



"Beliau (Zulkifli) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu.

"Haji Zulkifli akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button