Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

16:52 0
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) hari ini mengumumkan Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengadakan pengaturan cagaran merentas sempadan bagi memudahkan pengaturan kendalian dua hala bersaling yang bertujuan meningkatkan kemudahan mudah tunai bagi institusi kewangan di kedua-dua buah negara.
BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, MoU itu menunjukkan bahawa kedua-dua buah bank pusat terbabit memperakui peningkatan kewujudan perbankan merentas sempadan dan kepentingan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
“Kerjasama ini akan terus menyokong kedua-dua bank pusat dalam memelihara kestabilan monetari dan kewangan serta mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pengurusan mudah tunai domestik.
“Di bawah pengaturan ini, institusi kewangan yang layak yang beroperasi di Malaysia boleh mendapatkan mudah tunai Ringgit Malaysia (RM) daripada BNM dengan memberikan cagaran dalam bentuk Baht Thailand (THB) atau sekuriti hutang Kerajaan Thailand dan sekuriti bank pusat kepada BNM.

“Institusi kewangan yang layak yang beroperasi di Thailand juga boleh mendapatkan mudah tunai THB daripada BOT dengan memberikan cagaran dalam bentuk MYR atau sekutiti Kerajaan Malaysia dan sekuriti bank pusat,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui kenyataan sama berkata, inisiatif itu akan memperkukuh lagi pengurusan mudah tunai merentas sempadan dalam sistem kewangan Malaysia dan memperteguh hubungan kewangan serta ekonomi.
Menurut beliau, pengaturan itu juga akan menyokong kegiatan serantau institusi kewangan Malaysia yang semakin berkembang serta meningkatkan lagi hubungan kewangan serantau..
Manakala, Gabenor BOT, Dr Prasarn Trairatvorakul berkata, pengaturan cagaran merentas sempadan bersaling antara BNM dengan BOT akan menjadi asas kepada kerjasama kewangan dan ekonomi.
Jelasnya, pengaturan itu juga menandakan pentingnya operasi perbankan merentas sempadan dan peranan kedua-dua bank pusat dalam memudahkannya.
“Ini merupakan satu lagi langkah penting yang menjadi sebahagian daripada rancangan kita ke arah integrasi serantau dan global seterusnya,” katanya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button