SUNGAI PETANI: Dua jalan utama di bandar ini akan ditutup sementara bersempena perarakan Thaipusam.
Ketua Bahagian Trafik Daerah Kuala Muda DSP Ahmad Kamil Ahmad berkata pada 6 hingga 8 Feb, sebahagian jalan di sekitar Jalan Sekerat dan Jalan Kuala Ketil akan ditutup dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Pada 6 hingga 7 Feb Jalan Kuala Ketil yang melibatkan Simpang Jalan Ibrahim/Jalan Kuala Ketil sehingga jalan tepi Balai Polis Sungai Petani akan ditutup mengikut keadaan trafik iaitu dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam dengan polis trafik mengawasi jalan ini.
"Pada 8 Feb pula jalan-jalan ini akan ditutup sepenuhnya dari pukul 6 petang sehingga perarakan selesai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Ahmad Kamil berkata pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif yang telah disediakan bagi kemudahan mereka.
Katanya pengusaha bas ekspres juga perlu mengubah sementara lokasi bagi urusan mengambil dan menurunkan penumpang.
"Kepada semua syarikat bas ekspres...urusan mengambil dan menurunkan penumpang semasa perayaan Thaipusam ini akan diubah dari pangkalan asal di Jalan Kuala Ketil ke Jalan Kampung Baru," katanya.
Katanya pemilik premis perniagaan turut dimohon supaya mengosongkan tapak letak kereta di hadapan premis mereka bagi memberi kemudahan kepada para pengunjung dan tetamu kehormat meletakkan kenderaan semasa hadir di majlis perayaan itu.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Dalam perkembangan lain, Ahmad Kamil berkata bersempana menyambut Maulidul Rasul, pada Sabtu ini sebahagian Jalan Kolam Air di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini sehingga menuju ke Dataran Zero di Jalan Ibrahim akan digunakan untuk perarakan dari pukul 5 petang hingga 7 malam.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi cawangan Trafik IPD Kuala Muda di talian 04-423222.
- BERNAMA
0 comments