Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:19 0


KOTA BAHARU – Seorang suri rumah yang menjadi mangsa tembakan oleh perompak di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, minggu lepas, melahirkan rasa teruja kerana nasib malang yang menimpanya mendapat perhatian Sultan Kelantan Sultan Mohammad V, yang melawatnya, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini.

Che Hasmah Awang, 50, menganggapkan keberangkatan Sultan Kelantan itu menyuntik semangatnya untuk pulih daripada dihantui trauma ekoran kejadian rompakan di rumahnya pada pukul 5 pagi, 30 Jan lepas.



“Saya amat bersyukur kerana selain menerima sumbangan, saya juga dapat bertemu dan bercakap secara dekat dengan baginda Sultan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini.

“Inilah apa yang dikatakan orang, Sultan berjiwa rakyat,” katanya kepada Bernama, sambil menyifatkan berpuas hati kerana dapat berbual mesra dengan baginda Sultan walaupun sekejap.

Sultan Kelantan singgah di hospital itu Sabtu ketika dalam perjalanan ke Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh untuk menziarah keluarga dua kanak-kanak adik beradik yang mati lemas dua hari lepas.

Che Hasmah cedera parah selepas terkena tembakan di perut kanan dalam kejadian rompakan di rumahnya di mana perompak melarikan sebuah kereta Honda Jazz, barang kemas serta wang tunai RM5,000. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button