Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

14:43 0

SEREMBAN – Seorang anggota polis dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah melepaskan tembakan amaran sehingga mencederakan seorang remaja, dua tahun lalu.

Majistret Nor Azlina Hashim membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dan mendapati tiada alasan yang sah bagi tertuduh, Konstabel Mohd. Hakimi Shamsul melepaskan tembakan terhadap Mohd. Azizi Azri Aziz.

Nor Azlina bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.

Mohd. Hakimi, 21, dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd. Azizi Azri, 20, tanpa apa-apa alasan yang sah sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang, 8 Mei 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button