Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

20:03 0

BELURAN – Seorang pekerja ladang  dijumpai mati dengan tiga kesan tikaman di  badannya selepas dipercayai bertengkar dengan  seorang rakannya di hadapan rumah pekerja di  Ladang Rakanan Jaya, IJM Paitan dekat sini  semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan V.  Sivanathan berkata, mayat mangsa yang dikenali  sebagai Jamal Tepo, 34, ditemui isterinya dalam  keadaan berlumuran darah tersandar di tepi  sebuah bukit.

Katanya, sebelum kejadian pukul 12.30 tengah  hari, Jamal dikatakan telah bertengkar dengan  suspek yang berusia 31 tahun.

“Mangsa kemudian tidak pulang ke rumah  menyebabkan isterinya keluar mencari lelaki itu di  sekitar rumah kongsi berkenaan.

“Mangsa kemudian ditemui di tepi bukit dengan  keadaan berlumuran darah dan telah meninggal  dunia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari  ini.

Sivanathan berkata, kejadian itu hanya  dimaklumkan kepada pengurus ladang selepas  beberapa jam ekoran kawasan rumah pekerja  tersebut terletak jauh dan tiada talian telefon.

Menurutnya, pihak polis yang menerima  maklumat bergegas ke tempat kejadian dan  menemui sebilah pisau berukuran kira-kira 2.4  sentimeter serta sarungnya dipercayai digunakan  untuk membunuh mangsa.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga  kesan tikaman pada badan mangsa dan mayatnya  dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk bedah  siasat,” ujarnya.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan  berhubung motif kejadian tersebut dan memburu  suspek yang merupakan warga Filipina.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button