Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:37 0

http://cerciterpanas.blogspot.com
Pasangan pelakon, Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira menafikan dakwaan mereka belum menjelaskan bayaran kepada pihak katering untuk majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada September lalu.

Azad, 36, berkata, dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini sangat keterlaluan dan mengaibkan mereka berdua serta keluarga.



“Saya bersumpah tidak pernah berhutang dan semua bayaran sudah lama dibuat. Deposit saya bayar pada 18 November tahun lalu sebanyak RM4,000 dan bayaran selebihnya pula sebanyak RM5,000 saya buat secara tunai pada 25 Disember.

“Resit bayaran ada pada saya untuk membuktikan kami tidak pernah berhutang,” katanya, semalam. Pasangan itu dinikahkan pada 16 September lalu di kediaman keluarga Eira di Putrajaya dan menurut laporan akhbar berkenaan, mereka berhutang RM9,000 untuk majlis persandingan yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa di Cheras pada 18 November lalu.

“Mengapa mereka tidak meminta penjelasan daripada kami berdua dulu? Kalau akhbar itu tidak memohon maaf secara terbuka, saya tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkamah,” katanya.

Eira, 28, pula berkata, bukan soal profil kerjayanya sebagai pelakon yang menjadi kebimbangan, sebaliknya apa yang lebih menyedihkannya apabila keluarga turut terkena tempias malu.

“Kini saya dan Azad terpaksa berdepan pelbagai persepsi daripada keluarga kami sendiri hingga membuatkan kami tertekan. Sebagai selebriti, saya dan Azad masih boleh melihat dari sudut positif, namun tidak pada keluarga kami yang memandang dakwaan seperti ini hanya menjatuhkan maruah,” katanya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button