Adakah anda perasan yang Twitter sebenarnya penuh dengan tweet bodoh dan membosankan yang tiada sesiapa ingin baca? Ia adalah benar, menurut sains!
Satu kajian bersama oleh para pengkaji di Carnegie Mellon, Institut Teknologi Georgia dan MIT mendapati yang kebanyakan orang hanya berminat dengan satu-pertiga sahaja tweets yang dibuat- dan selebihnya sama ada tidak suka atau mengabaikannya sama sekali.
Menurut akhbar The Telegraph, perkara terbesar yang membosan kebanyakan orang adalah terlalu banyak ‘hashtags’, kemaskini status rutin harian dan tweet yang negatif.
Tweet yang paling dibenci ialah ‘tweet perbualan’, di mana dua orang mengadakan perbualan peribadi (secara terbuka) yang sebenarnya orang lain malas hendak ambil tahu.
Yang juga tidak popular: tweet daftar-masuk Foursquare, kerana orang yang hanya peduli di mana anda bersarapan pagi sudah pun mengikuti anda di Foursquare.
Kajian tersebut telah dijalankan ke atas 1,500 pengguna Twitter, mengkaji 43,738 tweets dari 21,000 akaun. Berita gembira untuk Ashton Kutcher: pengguna Twitter sangat suka mesej-mesej mempromosi diri dari selebriti
.
Pengajarannya ialah – selain daripada kebaikan ketara menjadi terkenal dan mementingkan diri sendiri – ialah memastikan tweet anda sentiasa positif, tidak perlu memberitahu orang tentang setiap aspek kecil dalam kehidupan anda dan jangan penuhkan tweet dengan terlalu banyak ‘hashtags’ dan @. – (techland.time.com)
0 comments