Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

16:27 0
Dunia perkongsian fail terus mendapat perhatian ramai, apabila terkini, laman perkongsian HotFile turut sama membuat beberapa perubahan polisi pada laman perkongsian mereka, dengan tidak lagi menawarkan sebarang bayaran berdasarkan muat-turun fail seperti sebelum ini, dan hanya memfokuskan kepada pembayaran komisyen berdasarkan jualan akaun berbayar sahaja.
http://cerciterpanas.blogspot.com

Sebelum ini, mereka menawarkan bayaran komisyen berdasarkan kepada angka muat-turun yang dilakukan terhadap fail yang dimuat-naik oleh seseorang itu. Namun, dengan apa yang ditimpa oleh MegaUpload, dimana konsep yang lebih kurang sama diperkatakan sebagai mengalakkan perkongsian fail berhak-cipta, sekaligus menutup laman perkongsian MegaUpload.
Dan untuk melindungi setiap laman perkongsian, sebelum ini FileSonic, FileServe dan beberapa lagi menutup sokongan perkongsian fail pada perkhidmatan mereka.
Pada masa yang sama HotFile turut sama mengatakan mereka telah mengemaskini teknologi untuk perkhidmatan mereka, membolehkan sistem daripada mengenal pasti fail-fail berhak-cipta dengan lebih efisyen lagi, dan mengelak daripada ianya dimuat-naik pada laman mereka.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button