Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

19:36 0
Walaupun telah meninggal dunia pada tahun 2009, populariti dan and legasi Michael Jackson cukup kuat untuk membiayai kesemua ahli keluarganya. Tetapi realitinya, ia tidak berlaku, apabila ada ahli keluarga terdekat Michael Jackson bekerja keras untuk terus hidup.



Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail, Joe Jackson, bapa Michael, ditangkap gambarnya oleh kamera CCTV sedang menjual minyak wangi murah di salah sebuah gedung membeli belah yang terletak di Las Vegas. Dia tidak berniaga di kedai mewah seperti kebanyakan selebriti, tetapi hanya di sebuah kiosk kecil di sudut yang tiada pengunjung.


Gambar-gambar yang diambil oleh TMZ menunjukkan warga emas ini hampir tertidur kerana tiada pelanggan. Ini agak ironik kerana lelaki inilah yang membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga mencapai nama besar, tetapi di penghujung usia dia hanya menjadi penjual minyak wangi murah.

Joe Jackson juga kelihatan tidak banyak muncul di khalayak semenjak kematian Michael. Dia seolah-olah memencilkan dirinya, tidak seperti ahli keluarga yang lain.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button