Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:15 0
http://cerciterpanas.blogspot.com

Alor Gajah – Festival Keusahawanan Kali Ke-3 dengan temanya “Experience Youth Entrepreneurship” telah dianjurkan oleh mahasiswa diploma semester akhir, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka yang bertempat di Dataran Ilmu, UiTM Alor Gajah, Melaka semalam.



Program ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Datuk Dr. Mizan Hitam selaku Rektor UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir bersama sewaktu perasmian adalah Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Perniagaan, Prof. Madya Shahariah Osman, Ketua Fakulti Pengurusan Perniagaan, Nurazree Mahmud, pensyarah-pensyarah, serta mahasiswa UiTM Melaka.

Mizan berkata, penganjuran festival ini adalah seiring menyahut seruan kerajaan bagi menerapkan nilai-nilai aspirasi konsep 1Malaysia iaitu membudayakan keusahawanan terutamanya dalam diri mahasiswa kini. Tambah beliau, program sebegini dapat membimbing mahasiswa UiTM bagi bersaing secara sihat apabila berada di dalam industri selepas bergelar graduan.

“Penganjuran festival ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa, penasihat, pensyarah dan juga majlis tertinggi Fakulti Pengurusan Perniagaan serta masyarakat sekeliling Alor Gajah dan sekolah-sekolah berdekatan”, kata Shahariah

Bagi Mohd Shafli Jaafar Sidek yang juga ketua projek bagi program ini, program ini dianjurkan adalah bagi memenuhi keperluan dalam subjek Principles and Practices of Selling (MKT 361) dan program ini berjaya menyatukan empat program pengajian di bawah satu fakulti yang terdiri daripada Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perbankan, Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans) dan Diploma Pengurusan Pejabat.

Program ini bermula dari 31 Januari 2012 hingga 2 Februari 2012. Pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah keusahawanan, senam 1Malaysia, majlis solat berjemaah dan bacaan yassin serta gerai jualan dari 32 buah booth jualan yang dikendalikan oleh mahasiswa mewakili pelbagai organisasi perniagaan dan keusahawanan. – Harits Asyraf, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button