
Pak Nil bukan terus membuat aduan kepada pihak polis tetapi setelah pemilik akaun palsu itu tetap berdegil dan tidak mahu memadam akaun tersebut. Tambah buruk lagi, pemilik akaun palsu itu telah menggunakan nama Pak Nil untuk berhubung dengan orang-orang dalaman politik.
Ini merupakan kes kedua menimpa Pak Nil. Kes pertama, pemilik akaun palsunya menutup akaun berkenaan selepas dihubungi.

Twitter Palsu

Twitter Sebenar
“Saya cukup terkejut selepas pengikut di Twitter memberi mesej dia keliru dan tidak tahu yang mana satu akaun sebenar saya. Saya amat terkilan selepas mendapati tweet yang dikeluarkan pemilik palsu itu banyak berunsur fitnah. Saya beri dia tempoh 24 jam untuk menutup akaun berkenaan. Malangnya, dia tidak mengendahkan arahan, malah turut menghalang saya daripada mengakses perbualannya. Saya terpaksa melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana jelas perbuatannya itu salah dan saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengesan si pelaku terbabit.”
“Pesan saya, jangan memanipulasikan nama-nama personaliti untuk meraih populariti kerana perbuatan seperti ini hanya akan menjatuhkan reputasi mereka.”
0 comments