Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:56 0

SHAH ALAM: “Saya tidak libas polis dengan parang, tapi saya mengaku merompak,” kata seorang penganggur sebelum dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana mengaku salah atas enam pertuduhan merompak pusat kecantikan dengan bersenjatakan pisau dan pemotong daging, di sini, tahun lalu.


Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Zamri Ahmad, 31, dan memerintahkan hukuman itu berjalan mulai dari tarikh di tangkap tertuduh iaitu pada hari kejadian.


Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan di Marissa Wellness di No 20, Tingkat 1, jalan Tengku Ampuan Zabedah K/9K, Seksyen 9 , di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, pada 29 November tahun lalu.

Dia juga didakwa atas tiga lagi pertuduhan merompak pekerja pusat kecantikan itu, Nina Liana Muhamad Nizam, 27, Zainon Mahadi, 65, dan Elly Werlis, 26 dan melarikan barang berharga milik mangsa di tempat dan pada masa sama.





Bagi setiap pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.





Zamri juga didakwa atas pertuduhan memiliki harta curi motor Yamaha milik Norhasly Hassan, 37, di tempat dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button