Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:02 0

KEALPAAN barisan pertahanan mengekang asakan lawan pada awal babak pertama akhirnya memusnahkan harapan Sabahawks untuk membaham LionsXII di laman sendiri apabila tewas tipis 0-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, kelmarin.

Malah, insiden pergaduhan kecil menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa bermain hanya 10 orang apabila pemain mereka masing-masing dilayangkan kad merah.



Ketua jurulatih, Justin Ganai berkata, pasukannya dilihat berjaya mengawal permainan sepenuhnya namun sedikit kealpaan pemain pada minit ke-19 akhirnya menjerat pasukan.

“Saya agak kecewa dengan keputusan ini dan mendapati ia berpunca akibat kesilapan pertahanan yang gagal membaca pergerakan pemain sehingga gagal mengekang percubaan awal pihak lawan yang akhirnya membuahkan gol.





“Walaupun menguasai perlawanan, namun Sabahawks gagal memecahkan benteng pertahanan pemain muda Singapura yang lebih banyak bertahan dan kadang kala melancarkan serangan kilat,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.



Katanya, kad merah dilayangkan pengadil ke atas Mafry Balang m-33 tidak harus berlaku sekiranya pemain berkenaan bijak mengawal emosi.


“Walaupun kapten LionsXII, Irwan Shah turut dikenakan tindakan sama, tumpuan pemain jelas tergugat kerana ketiadaan Mafry,” katanya.



Sabah melancarkan serangan sebaik wisel permulaan ditiupkan namun sorakan gema lebih 15,000 penyokong terdiam seketika apabila tandukan Harris Harun menerjah jaring menewaskan penjaga gol, Azizon Abd Kadir.


Sabah berpeluang menyamakan kedudukan pada m-31 tapi percubaan Micheal Baird di depan gawang gagal disempurnakannya.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button