Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:53 0

Gambar Hiasan
MIRI: Tiga lelaki diberkas polis Miri awal pagi semalam kerana memeras ugut seorang lelaki yang dipercayai telah meniduri teman wanita salah seorang suspek, malam Sabtu lalu.

Untuk menebus kesalahan pengadu, suspek meminta dia membayar sejumlah wang yang perlu dijelaskan pada 8 Februari ini.

Sekiranya pengadu gagal membayar sejumlah wang yang diminta itu, jumlah tersebut akan naik sebanyak 10 peratus setiap hari.

“Kesahihan dakwaan dan punca ugutan tersebut bermula masih lagi dalam siasatan polis,” jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supritenden Ismail Idris ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut, yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda atau sebat.

Menurut Ismail, pada malam sabtu lepas, mangsa (pengadu) yang berusia lingkungan 20-an, bersama suspek dan empat lagi rakannya, termasuk teman wanita suspek telah berhibur di sebuah pusat hiburan di bandar ini.

Setelah berhibur beberapa jam, pengadu telah menawarkan diri untuk menghantar suspek dan teman wanita balik, ekoran keadaan suspek yang (mabuk) tidak mampu untuk memandu balik.

“Hendak dijadikan cerita, setelah pengadu menghantar suspek pulang, beliau kemudian menghantar teman wanita suspek balik semula ke kawasan parkir pusat hiburan kerana keretanya masih diletakkan di sana,” jelas Ismail.

Menurut pengadu, beliau dengan teman wanita suspek telah melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka dan bukannya rogol.

Keesokan harinya, pada 5 Februari suspek telah menghubungi pengadu dan mengajaknya berjumpa, kerana merasakan sesuatu telah berlaku pada malam itu antara pengadu dengan teman wanitanya.

Semasa perjumpaan itu, suspek tidak datang sendirian tetapi ditemani tiga rakannya.

Semasa pertemuan itu, suspek meminta pengadu membayar sejumlah wang bagi menebus perbuatannya.

“Terdahulu, suspek ada bertanya kepada teman wanitanya tentang perkara tersebut, namun wanita tersebut menafikan yang dia telah tidur dengan pengadu.

“Wanita itu memberitahu yang suspek telah merogolnya…namun kami (polis) masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes ini,” kata Ismail.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button