Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

14:06 0

PEKAN – Polis percaya dapat menyelesaikan  15 kes kejadian curi motosikal di daerah ini yang  berleluasa sejak dua tahun lalu apabila berjaya  menahan ketua kumpulan Mat Kahar pada 19  Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya  Othman berkata, selain itu pihaknya juga berjaya  menahan lima lagi suspek daripada kumpulan itu  yang terbabit sejak November tahun lalu.

Menurut beliau, hasil siasatan yang dijalankan  berjaya menemui semula rangka motosikal yang  dicuri oleh kumpulan terbabit di Sungai Tambun di  sini dan percaya ke semua rangka itu dijual kepada  rakan terdekat mereka.

“Kita berjaya menahan lima ahli kumpulan itu  secara berperingkat dan terbaru menahan ketua  kumpulan itu pada Januari lalu.

“Mereka mempunyai ahli seramai 10 orang, dan  polis kini sedang memburu lima lagi ahlinya yang  dikenal pasti untuk membantu siasatan polis,”  katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di  sini semalam.

Yahaya berkata, kesemua suspek yang berusia  20-an dan merupakan lepasan sebuah institut  kemahiran di daerah itu bagaimanapun tidak  mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambahnya, suspek terbabit kini ditahan dan  disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun  Keseksaan.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button