Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:32 0

MAJLIS Sukan Negara (MSN) memberi amaran tidak akan teragak-agak menyingkirkan mana-mana pemain bermasalah dalam skuad baru sepak takraw negara yang bakal dibentuk dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong menegaskan pihaknya ingin memastikan hanya pemain yang benar-benar berdisiplin berada dalam skuad negara kali ini terutamanya menjelang aksi penting Sukan Asia 2014 di Korea Selatan.



“Saya tidak mahu dengar timbul sebarang masalah lagi. Kalau ada, terus singkir pemain kerana kami tidak mahu ada ‘barah’. Pengaruh buruk dalam pasukan seperti tidak turun menjalani latihan dan ‘primadona’ tidak diperlukan,” katanya ketika hadir menyaksikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Ismail, petang semalam Mengenai hasrat Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail yang mahu sekurang-kurangnya 32 pemain berada dalam program skuad negara kali ini, Zolkples berkata, jumlah pemain bukan persoalan utama kerana paling penting adalah kualiti.


“Jumlah sebenar bergantung kepada kedudukan kewangan kita dan ia bakal dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bersama. Namun skuad pelapis yang bakal diwujudkan kembali pada tahun ini membolehkan kita mempunyai kelompok pemain yang ramai dan mewujudkan persaingan selain (Datuk) Ahmad masih cuba meyakinkan saya untuk terus mengekalkan skuad wanita,” katanya.



Sementara itu, regu PSM A yang diwakili pemain negara iaitu Mohamad Fazil Mohd Asri, Farhan Adam dan Norshahruddin Mad Ghani membuktikan kehebatan mereka apabila menjuarai Terbuka Lelaki dengan menewaskan PDRM A 15-10, 15-13 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.



Kejayaan ini bakal memberi semangat kepada mereka yang dijadual menggalas cabaran negara pada Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Kedua di Palembang, Indonesia bulan depan.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button