Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:33 0

PERAK belum puas hati dengan persembahan pemainnya biarpun meraikan dua kejayaan berturut-turut termasuk yang terbaru 1-0 ke atas Johor FC di Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berpendapat masih banyak kelemahan dalam skuad kendalian Norizan Bakar itu terutama jentera serangan yang tidak konsisten.



“Persembahan pasukan makin meningkat tapi masih ada kelemahan terutama penyudah yang masih lemah,” katanya. Ini berikutan kebuntuan jentera serangan ketika menentang Johor FC yang menyaksikan gol kemenangan pasukan disumbang pemain pertahanan, Shahrom Kalam.

Walaupun lega menang dan mengutip mata penuh daripada kunjungan ke Pasir Gudang, itu, Azwan sedar Perak belum cukup mantap jika ingin mencabar kejuaraan liga musim ini.





“Kami perlu lebih mantap dan bertenaga terutama penggempur. Penyerang perlu memanfatkan peluang yang datang,” katanya.



Mengenai gol Shahrom, beliau berkata ia bukan persoalan utama kerana yang penting ialah kerjasama berpasukan.


“Siapa jaring gol tidak penting kerana yang utama ialah kejayaan pasukan. Begitupun saya akui tugas utama menjaringkan gol ialah penyerang.



“Oleh yang demikian mereka perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan ketajaman pasukan,” katanya.


Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berharap pemain tidak mudah puas hati selepas merakam kemenangan kedua berturut-turut sebaliknya fokus terhadap tugasan seterusnya.



Walaupun Perak kini berada di tangga ketiga liga namun persoalan besar kepada peminat Seladang ialah bilakah penyerang Serbia, Lazar Popovic mampu menamatkan kemarau jaringan selepas buntu empat perlawanan.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button