Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:06 0


DARIPADA empat pemain perseorangan yang tersenarai dalam skuad kelayakan Piala Thomas negara di Macau 14 hingga 19 Februari ini hanya Liew Daren yang tiada pengalaman dalam kejohanan berpasukan paling berprestij itu.

Meskipun kali pertama tersenarai, Daren, 25, berharap mampu menyumbang mata buat pasukan negara biarpun sedar cabaran negara kali ini terlalu sukar kerana ketiadaan pemain berkaliber kecuali Datuk Lee Chong Wei yang konsisten.



“Saya tahu cabaran terlalu sukar kerana kita berdepan kemungkinan tidak layak ke pusingan akhir Mei depan tapi saya harap dapat menyumbang satu mata buat pasukan negara andai diturunkan kelak,” katanya. Daren yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina secara sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur selepas kematian datuknya Liew Choo Ping tiga bulan lalu.


Daren yang lahir pada 6 Ogos 1987 iaitu dalam tahun Arnab berharap beraksi lebih garang pada tahun Naga ini menjadi tahun gemilang buatnya.



“Pencabar di pusingan kelayakan mempunyai kekuatan seimbang kecuali China dan Korea Selatan yang saya rasa kekuatan mereka setahap di atas pasukan kita.



“Jadi saya rasa peluang untuk ke pusingan akhir tetap ada selain Chong Wei, salah seorang daripada pemain perseorangan mesti membantu memungut mata.” Menurut Daren, biarpun pasukan negara kali ini dikatakan paling lemah namun tetap mempunyai peluang seimbang dengan Jepun, Indonesia, India dan Thailand untuk merebut empat slot yang ditawarkan untuk pasukan dari zon Asia.


Daren akan menyertai skuad Piala Thomas menjalani latihan pusat fasa satu di Bukit Kiara pada 30 Januari hingga 4 Februari ini sebelum bergerak ke Kota Kinabalu, Sabah pada 6 hingga 10 Februari bagi latihan fasa kedua.



Selepas itu skuad negara dijangka berlepas ke Macau pada 11 Februari menerusi penerbangan terus dari Sabah.


Selain Daren dan Chong Wei, dua lagi pemain perseorangan negara ke kelayakan Piala Thomas adalah Muhd Hafiz Hashim dan Mohd Arif Latif.



Manakala pemain beregu diwakili Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Toe Kok Siang.



Selain mahu membantu negara melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China 20 hingga 27 Mei depan, Daren turut berharap tersenarai dalam kelompok 30 pemain terbaik dunia.



“Saya harap pada 2012, prestasi saya lebih maju kerana ketika ini tahap keyakinan diri juga sudah meningkat.



“Saya tidak mahu menunggu sehingga Chong Wei bersara baru menonjol, kalau boleh sekarang pun bagus,” kata Daren yang akan kembali berlatih daripada cuti Tahun Baru Cina pada Khamis ini.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button