Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:29 0

IMPIAN menyaksikan atlet taekwondo negara beraksi di Sukan Olimpik London kembali cerah selepas Taekwondo Malaysia (TM) mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF) bagi membolehkan sekurang-kurangnya seorang atlet negara beraksi di pentas sukan tertinggi dunia itu menerusi tiket wild card.


Sebelum ini, dua wakil negara iaitu Elaine Teo serta Ryan Chong (gambar) gagal menempah tiket ke London yang dijadualkan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini selepas kandas pada pusingan kelayakan di Bangkok, November lalu sekali gus mencetuskan kebimbangan Malaysia tidak akan mempunyai wakil di Sukan Olimpik buat kali pertama sejak edisi 2000 di Sydney, Australia.




Namun, menurut jurulatih skuad negara, R Dhanaraj, TM sudah mengemukakan rayuan kepada WTF baru-baru ini dengan meletakkan nama Ryan dan beliau percaya harapan menyaksikan Ryan beraksi di London agak cerah berdasarkan beberapa faktor tertentu.


Antaranya, jelas Dhanaraj, kedudukan Presiden TM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar yang juga baru dilantik sebagai Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) pada November lalu diharap dapat membantu Ryan untuk meraih tiket ke Olimpik.




“Dengan kedudukannya itu, kami harap Ryan dapat beraksi menerusi tiket wild card. Selain itu, meskipun Ryan gagal pada pusingan kelayakan baru-baru ini, dia berjaya menamatkan saingan di kedudukan empat peserta terbaik dalam kategorinya dan ia diharap dapat membantunya memperoleh tiket wild card,” katanya yang turut memberitahu empat tiket wild card akan diberikan kepada atlet yang gagal pada pusingan kelayakan lalu.




“Tiada kuota untuk mana-mana benua sebaliknya siapa yang cepat menghantar permohonan terlebih dulu dan pada masa sama memenuhi kriteria ditetapkan WTF, maka atlet itu kemungkinan besar diberikan tiket wild card,” katanya.



Ditanya mengapa memilih Ryan berbanding Elaine yang lebih berpengalaman kerana sudah beraksi di pentas Olimpik dua kali berturut-turut iaitu pada edisi 2004 dan 2008, Dhanaraj mempunyai alasan tersendiri.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button