Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:30 0

LONDON: Penyerang Manchester City, Mario Balotelli didakwa bertindak ganas berikutan insiden pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur, Ahad lalu.

Baloteli dilihat memijak kepala pemain tengah Spurs, Scott Parker namun pengadil, Howard Webb tidak mengenakan sebarang tindakan dan pemain Itali itu menjaringkan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk membantu City menang 3-2.




Balotelli yang mungkin boleh dihukum gantung empat perlawanan bagaimanapun akan mengemukakan rayuan hari ini.

Sekiranya dia merayu, dia berpeluang beraksi pada separuh akhir kedua Piala Liga menentang Liverpool awal pagi esok namun jika rayuan itu tidak berjaya, dia berdepan hukuman lebih besar.



Pertahanan City, Joleon Lescott bagaimanapun tidak berdepan sebarang tindakan kerana insiden ketika perlawanan sama apabila dia berlanggar dengan pertahanan Spurs, Younes Kaboul. - Reuters





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button