Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:02 0

BESUT – Yayasan Taqwa, agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membelanjakan RM1.5 juta bagi Program Penyampaian Sumbangan Persekolahan kepada 6,500 pelajar miskin dan asnaf di seluruh negara tahun ini.

Pengurus Besarnya, Ahmad Ayob Ibrahim berkata, bantuan yang dibuat dengan kerjasama Baitulmal MAIWP, Yayasan Al-Iman dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu bertujuan membantu pelajar kurang berkemampuan dari segi persiapan persekolahan.

“Setiap pelajar menerima bantuan bernilai RM220 dengan setiap seorang iaitu berupa kasut, pakaian dan alat tulis,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan untuk 216 pelajar di daerah Besut di Sekolah Menengah Ittifakiah Jerteh, di sini hari ini.

Bantuan itu disampaikan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Ahmad Ayob berkata, tumpuan pengagihan bantuan terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu pendidikan, dakwah dan kebajikan di dalam negara dan beberapa negara lain termasuk selatan Thailand, Kemboja, Vietnam dan Indonesia. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button