United Kingdom – Crystal Warren, 42, mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan kepada media bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan lebih 1,000 orang lelaki akibat ketagihan seks yang tidak dapat dibendung.
Bagaimanapun, dia mempunyai kejutan lebih besar apabila memberitahu bahawa dia juga pada asalnya adalah seorang lelaki!
Crystal yang dilahirkan sebagai Christopher Snowden berjantina lelaki sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan transgender (menukar jantina) untuk menjadi seorang wanita “sejati”, sekaligus bertukar menggunakan nama baru yang lebih feminin.
Begitupun, dia agak risau dengan pendedahan tersebut kerana bimbang akan menimbulkan kemarahan di kalangan lebih 1,000 lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini.
“Saya takut sekiranya ramai lelaki yang akan marah bila membaca kenyataan ini, tapi saya perlu beritahu tentang perkara sebenar.
“Saya takut sekiranya ramai lelaki yang akan marah bila membaca kenyataan ini, tapi saya perlu beritahu tentang perkara sebenar.
“Ramai yang fikir bahawa saya berbohong kepada mereka-mereka yang pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tapi saya tak fikir begitu kerana kini saya adalah seorang wanita dan tidak berkaitan dengan sejarah saya.
“Saya tak mahu mana-mana lelaki yang pernah bersama saya menafikan kemampuan seks mereka kerana pendedahan ini, mereka tak tahu pun mereka sebenarnya tidur dengan orang macam saya,” katanya yang dipetik dari The Sun.
Menurut Crystal, dia mula mengadakan hubungan seks dengan lelaki sejak berumur 18 tahun, namun ia tidak mendatangkan kepuasan seksual padanya ekoran perasaannya yang seolah-olah ‘terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki’.
Justeru itu, dia telah mula mengambil hormon dan menjalani pembedahan lazer pada tahun 2002 untuk membuang bulu badan dan membesarkan buah dada ke saiz 38.
Kemudian, dia telah menjalani beberapa sesi kaunseling sebelum melakukan pembedahan menukar jantina pada tahun 2005 dan diberikan Sijil Pengiktiran Gender yang memberikan kuasa padanya untuk menukar maklumat surat beranak berkaitan nama baru serta jantina.
Walaupun mengaku ketagihan seks, Crystal menolak cadangan untuk menjadikan aktiviti seksnya sebagai sebuah perniagaan pelacuran dan lebih selesa untuk bebas memilih pasangannya untuk melakukan hubungan seks.
Penulis terfikir, apakah seorang lagi “Crystal Warren” akan muncul sekiranya kerajaan negara ini membiar dan mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi menuntut ‘hak’ mereka di mahkamah.
Wajarkah lagikah LGBT dibenarkan dan diberikan hak di negara ini seperti “Christopher Snowden” ini? – Mynewshub.my
0 comments