Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:15 0


KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati perokok menghentikan perbuatan menyuruh anak membeli rokok bagi mencegah tabiat merugikan itu daripada menular kepada generasi muda.
Baginda bertitah ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan perlakuan positif terutama di hadapan anak-anak mereka.
Sambil menasihatkan perokok menghentikan tabiat yang memudaratkan kesihatan itu, baginda bertitah Islam melarang umatnya daripada perbuatan memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain.




Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian ketika melancarkan kempen “Tak Nak Merokok Di Dalam Kawasan Masjid” sempena program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Al-Ilmi, Sungai Berembang dekat sini hari ini.
Kempen itu bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya umat Islam supaya meninggalkan tabiat merokok yang nyata tidak memberikan apa-apa faedah dan memudaratkan kesihatan.
Titah baginda, setiap tahun kerajaan membelanjakan hampir RM3 bilion bagi kos rawatan penyakit berpunca daripada merokok seperti sakit jantung, kanser paru-paru dan paru-paru kronik.
Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang dikaitkan dengan 40 jenis penyakit yang kebanyakannya membunuh, titah baginda.
Daripada segi faktor ekonomi, merokok mengakibatkan kedudukan kewangan tidak stabil di mana setiap hari wang akan dibelanjakan untuk membeli rokok dan menurut baginda adalah lebih baik wang itu disimpan untuk tabungan masa depan.Pada majlis itu, baginda turut mengurniakan sijil halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kepada Syarikat Shahabudin DMW Enterprise untuk produk burung walit dan tauliah mengajar agama Islam kepada 17 orang guru agama dan takmir. – BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button