Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:03 0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

“Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Saripuddin berkata penyediaan deraf peraturan itu sedang dibuat melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, dan dijangka siap beberapa bulan lagi.



Beliau berkata ia selaras dengan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Saripuddin berkata kementerian selaku badan penguatkuasa telah melantik 62 pegawai Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Katanya langkah itu membolehkan pegawai Jakim mendakwa individu atau syarikat yang melanggar peruntukan mengikut akta tersebut, termasuk penyalahgunaan sijil halal.

“Sebelum ini, kuasa pegawai Jakim hanya terhad kepada menyerbu dan melakukan siasatan manakala kuasa pendakwaan terletak pada KPDNKK,” jelas Saripuddin. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button