Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

14:52 0
hai semua .
okay hari ni nak share something lah kat sumer .
harap-2 semua ni berguna untuk kita , supaya tiada kesesatan berlaku . Semua ada facebook kan ? tipu la takdee . sekarang ni , trend pulak main ramal-2 kat facebook tu . Cik Dayah bukan nak meng-kondem sesiapa tapi ini sebagai info sahaja . yang baik kita ikut , yang tak elok kita jauhi , boleh ? :)

baca yang ini -:

SILA AMBIL PERHATIAN.. Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".

"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".

"destinasi Bulan Madu Anda"

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konse
p mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]
 
Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.



 hmm .  ini adalah salah satu cara kita disesatkan , melalui ramalan secara moden . Cik Dayah pon ade jugak buat benda ini . Dan akhirnya tersedar dari kekhilafan diri .



ini antara contoh game yang meng-game kan Cik Dayah kepada kesesatan ;

 


Cik Dayah harap pembaca-pembaca sekalian jauhi lah ramalan-2 macam ni . 
terutama adik-adik yang umur macam Cik Dayah (umur biarlah rahsia) nampak macam seronok rupanya ada agenda tersembunyi disebaliknya .


P/S : Kami tiada niat menjatuhkan mana-mana pihak yang mencipta aplikasi ini .

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button