Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:32 0

SELEPAS kembali menemui sentuhan, Shahurain Abu Samah bertekad untuk terus memberikan persembahan terbaik bagi membantu Negeri Sembilan mencapai kemenangan dan meletakkan kembali dirinya selaku pemain dihormati.

Pemain sayap lincah berusia 24 tahun yang sinonim dengan panggilan ‘kecik’ di kalangan rakan sepasukan menjadi penjaring tunggal menentang Felda United, di Paroi, Sabtu lalu.



Dia yang menyumbang lima gol sepanjang kempen Piala Malaysia musim lalu kini yakin dengan kemampuannya untuk terus mencatatkan nama sebagai penjaring demi meletakkan pasukan pada kedudukan teratas carta Liga Super.

Menurutnya, kemenangan Sabtu lalu bakal menyuntik semangat dan keyakinan lebih tinggi bukan saja kepada dirinya malah rakan sepasukan untuk menentang Sarawak di Stadium Negeri Kuching, Sabtu ini.




“Saya akui kedudukan tempat kelima carta liga ketika ini selepas menamatkan empat perlawanan dengan tujuh mata belum memadai buat pasukan selaku juara Piala Sumbangsih dan juara Piala Malaysia, musim lalu.



“Kami perlu berusaha lebih keras untuk memastikan kedudukan itu diperbaiki dengan kemenangan pada perlawanan akan datang apatah lagi setiap mata amat penting pada ketika saingan kian sengit.


“Oleh itu, kami harus memastikan tidak lagi kehilangan mata dalam perlawanan akan datang kerana ia bakal menjadikan laluan sukar buat merealisasikan sasaran yang ingin dicapai musim ini,” katanya.



Shahurain mengaku bersyukur kerana menjaringkan gol di hadapan penyokong sekali gus membantu pasukan melakar kemenangan di halaman sendiri.


Dia berazam mengulangi aksi cemerlang itu bagi mempertahankan reputasi pasukan, sekalipun bakal berdepan tugas mencabar berdepan Sarawak kelak.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button