Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:32 0

KETUA jurulatih berbasikal negara, John Beasley tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan berharap orang ramai akan sedar situasi semasa pelumba harapan negara itu.

Katanya, Azizul menempuh musim yang penuh berliku terutama tahun lalu dan bukan mudah buat pelumba itu kembali ke prestasi terbaiknya apabila terpaksa berehat lama.



Justeru menjelang saingan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada 8 hingga 12 Februari ini di Velodrom Cheras Kuala Lumpur (KL), Beasley tidak mahu meletakkan sebarang sasaran sebaliknya yakin skuad negara mampu mempamerkan aksi lebih baik.

“Saya mahu semua pelumba beraksi pada tahap terbaik dan itu sebabnya saya tidak menghantar skuad negara ke Siri Piala Dunia ketiga di Beijing begitupun saya tidak meletakkan berapakah sasaran pingat yang akan diperoleh tapi yakin pelumba negara berada dalam keadaan terbaik.




“Kedudukan Azizul amat getir berbanding pelumba lain apabila terbabit dengan kemalangan tahun lalu dan sekali lagi mengalami episod sama ketika di Cali, Colombia.



“Program Azizul tidak sama dengan yang lain kerana tidak mahu dia terlalu tergesa-gesa supaya dia dapat bertenang dan kembali ke prestasinya dengan cara terbaik.


“Namun saya yakin Azizul boleh mempamerkan persembahan terbaik di ACC kerana sudah bersedia bertanding,” katanya yang meletakkan jangkaan Azizul kembali ke prestasinya pada Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia, April ini.



Begitupun Azizul bakal menerima tentangan dalam acara pecut dan keirin apabila berdepan jaguh daripada China iaitu pelumba adik beradik, Zhang Li dan Zhang Miao ACC menawarkan mata kelayakan untuk Olimpik sebelum senarai akhir pelumba beraksi di London diketahui April ini. Sementara itu, Beasley menganggap ACC penting buat skuad trek negara terutama sekali pelumba wanita, Fatehah kerana dia perlu mengumpul mata dalam acara pecut selepas selesa dalam acara keirin.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button