Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:31 0

IBARAT jatuh ditimpa tangga. Perumpamaan tepat buat gimnas artistik negara, Tracie Ang yang bukan saja terpaksa melupakan saja impian ke Olimpik, Julai ini tapi kini menerima khabar perlu menjalani pembedahan pergelangan kaki kanan dengan segera.

Berita buruk itu terpaksa ditelan gimnas berusia 18 tahun itu meskipun pahit berdepan hakikat kemungkinan disisih dari skuad negara musim ini.



“Saya meletakkan sasaran untuk bangkit pada 2012 selepas berdepan isu kecederaan sepanjang tahun lalu. Malangnya, kesakitan di salah satu dari kecederaan itu kembali semula baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kesakitan di pergelangan kaki kanan itu bukan disebabkan kecederaan tapi akibat struktur lebihan tulang yang menghalang saya melakukan rutin sukar.




“Doktor menasihatkan saya segera melakukan pembedahan membuang tulang itu sekiranya ingin terus bergelar gimnas. Ini kerana struktur lebihan tulang itu menghalang ‘tugas’ saya sebagai wakil negara,” katanya kesal.



Namun, katanya lagi, jurulatih Mikhail Gutsalyuk tidak membenarkannya melakukan pembedahan dengan mengatakan ia tidak wajar.


“Saya agak keliru tetapi akan mendapatkan nasihat pelbagai pihak lagi. Cuma jurulatih tidak menyarankan saya meneruskan pembedahan ini dengan alasan ia tidak wajar.



“Tetapi, kaki saya sememangnya sakit lebih-lebih lagi ketika melakukan rutin gimnastik. Bagi saya, pembedahan itu sememangnya diperlukan,” katanya.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button