Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

14:43 0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bonus berjumlah RM102.58 juta itu akan dibayar kepada 95,949 daripada 112,635 peneroka FELDA. Kadar bonus yang dibayar itu sama dengan tahun lalu.
sila lawati http://mazwan-itu-aku.blogspot.com
Jumlah yang akan diterima setiap peneroka adalah bergantung kepada kuantiti penghantaran hasil, sama ada getah atau kelapa sawit, menerusi pengurusan tanah rancangan bagi tempoh Januari 2011 hingga Oktober 2011.
sila lawati http://mazwan-itu-aku.blogspot.com
Najib berkata, bonus itu bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri kelapa sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui FELDA. “Bagi peneroka kepala sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan sehektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19 tan sehektar.
sila lawati http://mazwan-itu-aku.blogspot.com 
“Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01 kilogram (kg) sehektar dan ganjaran maksimum diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,400 kg sehektar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Beliau berkata, jumlah peneroka yang menghantar hasil menerusi FELDA ialah 32,865 orang, iaitu 27,069 peneroka yang mengusahakan kelapa sawit dan 5,796 hasil getah.
sila lawati http://mazwan-itu-aku.blogspot.com
“Seramai 60,584 peneroka menanam semula bersama FELDA dan semuanya menerima bonus maksimum RM1,200 setiap seorang seperti pada tahun lalu,” katanya. Perdana Menteri berkata FELDA juga memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula termasuk kawasan kebun yang diambil bagi tujuan pembangunan, hasil tanaman rendah akibat serangan musuh dan penyakit seperti ganoderma dan ulat bungkus. “Kira-kira 2,500 peneroka yang terbabit dan kadar bayaran (bonus) ialah RM400 seorang,” katanya.


Beliau berkata jumlah peneroka yang akan menerima bonus berkenaan adalah 85.19 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara. “Seramai 16,686 peneroka atau 14.81 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada FELDA dan juga kerana hasil kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan. Selain itu, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

sila lawati http://mazwan-itu-aku.blogspot.com

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button