Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:30 0

LONDON: Robin van Persie menafikan dakwaan hubungannya dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger mula tegang berdasarkan rasa tidak puas hati penyerang itu apabila Alex Oxlade-Chamberlain dikeluarkan ketika menentang Manchester United.

Van Persie yang menjadi tulang belakang kebangkitan Arsenal musim ini dalam memburu kelayakan Liga Juara-Juara dilihat menjerit “Tidak!” apabila Wenger menggantikan Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin ketika mereka tewas 1-2, Ahad lalu.



Tindakan itu sememangnya tidak disenangi penyokong Arsenal yang mengejek Wenger ketika membuat pertukaran pemain.

Penyerang Belanda, Van Persie meredakan kontroversi itu apabila berkata Chamberlain dikeluarkan kerana kecederaan betis.




“Saya tidak memarahi Wenger, cuma kecewa apabila Chamberlain meninggalkan padang kerana dia bantu saya menjaringkan gol,” kata Van Persie.



“Saya tidak mempersoalkan keputusannya, saya tidak berhak mempersoal apa yang dibuat Arsene Wenger.


“Alex mengalami kecederaan betis. Kami tidak tahu kecuali Wenger dan beliau membawa masuk Arshavin.



“Hubungan saya dan pengurus baik, begitu juga dengan kelab ini.


“Tidak ada sebarang masalah, konflik atau kontroversi. Wenger tahu perkara itu, saya dan pemain lain juga tahu.” Sementara itu penjaga gol, Wojciech Szczesny menggesa penyokong terus meletakkan kepercayaan kepada Wenger ketika kelab itu berhempas-pulas kembali ke landasan kemenangan selepas tiga kekalahan berturut-turut liga. - AFP



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button