http://cerciterpanas.blogspot.com
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang
bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu
malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati.
Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Masa dia
melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat
mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya,
saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol
oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan
semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah
ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat
aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan
selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut
adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa
lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan
yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia
minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman
dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
http://cerciterpanas.blogspot.com
Dia pun tanya perogol itu
Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??
Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man
walking with you. One on your right side and the other one was by your
left side. If you were alone of course you will be my victim.?
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:http://cerciterpanas.blogspot.com
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang
Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat
terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang
menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi
sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan
sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.
Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi,
renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr
r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada
pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata
orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam??.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Sumber : Portal Islam Murabbi
Elements for remote collaboration
3 months ago
0 comments