Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:36 0

SELAIN menantikan persembahan barisan penyanyi yang akan bertanding, sesuatu yang turut menjadi perhatian di Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah tema penganjurannya.

AJL sememangnya menjadi majlis yang paling dinantikan baik dari kalangan selebriti sendiri mahupun peminat yang akan menonton dari ruang tamu rumah sendiri.

Tahun ini, sekali lagi AJL edisi ke-26 kembali pada malam 29 Januari ini jam 9 malam, menjadi gelanggang utama pertaruhan 12 lagu terbaik hasil nukilan dan garapan komposer dan penulis lirik tempatan termasuk tiga suara yang menggabungkan Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia bersama Monoloque, Shohaimi Mior Hassan yang bergabung bersama Ana Raffali serta Altimet, Hafiz dan bintang muda, Najwa Latif.
Lebih menariknya, AJL26 akan dipaparkan dengan mengangkat tema dan konsep air yang difikirkan selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah me�ngikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen baru dalam berkarya.





Menurut Penerbit Promo AJL, Mohamad Razali Yahya, tema air yang dipilih kali ini mencerminkan simbolik yang jauh lebih luas daripada apa yang difikirkan.




“Dua dekad merentas penganjurannya, AJL terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan setiap peminat muzik tanah air. Ini terbukti kerana saban tahun AJL mendapat sambutan menggalakkan dengan mencatat jumlah peratusan penonton yang tinggi.

Selain memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tanah air, AJL juga pencetus kepada perubahan dalam evolusi muzik tanah air.
“Lantas bagi menyuntik pembaharuan, AJL tampil dengan konsep yang cukup menarik. Elemen air dipilih sebagai menerap�kan perkembangan arus muzik tempatan di kemuncak acara gemilang ini. AJL kali ini akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik serta persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam baik persembahan barisan penyanyi mahupun segmen pembuka tirai dan interlude.
“Air dilihat sebagai satu simbolik yang menceritakan senario industri muzik hari ini yang mana ia mengalir kemas tanpa ada tanda untuk berhenti. Lihat saja muzik kita hari ini, ia berkembang baik dan mampu diterjemah dalam pelbagai bentuk dan rasa. Itulah yang cuba kami suntik kali ini, bukannya semata-mata melihat air itu daripada mata kasar saja.
“Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan AJL terus diangkat sebagai acara yang berprestij dan pembuka tirai tahun 2012 yang hangat diperkatakan,” katanya.
Elemen air juga diper�sembahkan pada reka bentuk pentas utamanya yang akan menggambarkan simbolik ombak dan air.
Mengimbau kembali detik bersejarah penganjuran AJL tahun lalu, penyanyi popular, Faizal Tahir berjaya memukau hadirin apabila tampil dengan gimik menarik, membenamkan dirinya dalam sebuah akuarium di atas pentas sebelum merangkak keluar menyambung semula nyanyian menerusi lagu Cuba. Idea dan kreativiti yang sama diangkat semula namun kali ini disuntik pada skala yang jauh luas apabila konsep keseluruhan AJL pula meletak ‘air’ sebagai konsep utamanya.
Jelas penerbitnya, Nurhul Huda Haji Khalid, tugasnya menggalas jawatan selaku penerbit buat kali kedua selepas lima tahun lalu adalah sesuatu yang penuh cabaran.
Menyifatkan AJL sebuah program hiburan yang paling dinantikan sejak awal penganjurannya dulu, Nurhul Huda hanya mengharapkan apa yang diatur akan berjaya direalisasikan dengan kemas.
“Saya bertuah kerana dipilih sekali lagi mengendalikan majlis paling berprestij ini. Meskipun ramai yang beranggapan ia memberikan profil yang baik, namun tugasan itu datang sekali dengan satu tanggungjawab dan komitmen yang begitu tinggi. Cabarannya adalah bagi memenuhi harapan ramai orang termasuk pihak atasan di TV3, penonton di stadium mahupun di rumah serta barisan artis-artis itu sendiri.
“Bayangkan saya perlu memberikan sebuah persembahan yang hebat dengan kreativiti gerakan kamera yang paling berkesan bagi memastikan penonton kekal terikat di depan televisyen ketika menyaksikan malam itu nanti. Jumlah penonton juga perlu saya fikirkan memandangkan AJL sebuah program terbesar di TV3 serta mencetus fenomena tersendiri dalam penerbitan program televisyen.
“Bagaimanapun alhamdulillah saya dibantu satu pasukan kerja yang kuat dan dedikasi dalam berusaha membentuk AJL sesuatu yang tersendiri. Kami sudah duduk berbincang sejak awal lagi dan melihat kesemua aspek secara teliti agar tiada apa yang kurang atau berlaku sepanjang lebih dua jam bersiaran nanti.
“Insya-Allah saya akan memberi sentuhan terbaru kepada AJL lebih-lebih lagi ia dipimpin satu bentuk konsep yang menarik yang berbeza,” katanya.
TRIVIA AJL:

  • Jumlah penonton pada siaran langsung AJL dua tahun lalu mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta orang.

  • AJL sekali lagi adakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang mana seramai 8,500 penonton akan berpeluang untuk menyaksikan secara langsung.

  • Sesi latihan bersama barisan pemuzik dan orkestra akan mula dilakukan hari ini (25 Januari) sebelum latihan vokal dan kamera setiap hari selepas itu hingga menjelang hari keramat pada 29 Januari 2011.

  • Setiap penyanyi diberi kebebasan menterjemah kreativiti bagi menguatkan lagi bentuk persembahan masing-masing namun tidak kesemuanya berjaya direalisasikan oleh pihak penganjur, TV3.

  • AJL26 menyaksikan gandi�ngan Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos.

  • Penyanyi terkenal seperti Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid akan menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama - Black, Azlan The Typewriter dan Hazama.

  • Celcom adalah penaja rasmi AJL26 selain Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media.

  • Anugerah ‘Juara Mobile’ diperkenalkan untuk mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui The Cube oleh Celcom, menawarkan kandungan hiburan digital masa kini yang penuh dengan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah diakses melalui telefon mudah alih.

  • Ikuti detik-detik persiapan AJL26 dan kemeriahan road�show AJL26 menerusi program ‘Debaran AJL’ yang bersiaran pada 28 Januari 2012, jam 5.00 petang yang dihoskan oleh Ally Iskandar.

  • Hadiah Juara Lagu Ke-26 (Trofi dan wang tunai RM35,000), Naib Juara (Trofi dan RM15,000), Ketiga (Trofi dan RM12,000), Persembahan Terbaik (Trofi dan RM10,000) dan Vokal Terbaik (Trofi dan RM10,000).

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button