Cer~citer

Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.
no image

0

Berbicara mengenai bila dirinya akan mengakhiri zaman solo beliau, Nelydia Senrose mengatakan perkara tersebut seeloknya diberitahu oleh (Qi Razali) bagi menghormati pihak lelaki dalam membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju hubungan mereka.

BACA: Nelydia Senrose Akui Ada Selisih Faham Dengan Qi Razali[1]

Nelydia juga memberitahu bahawa keluarganya mahu pun keluarga Qi, tidak mendesak dan memaksa mereka untuk mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, saya tak mahu cakap tentang kahwin sepenuhnya. Saya serahkan semuanya pada Qi. Lagipun, keluarga juga tidak pernah mendesak untuk kami kahwin cepat-cepat. Malah, kedua-dua keluarga merestui hubungan ini dan sentiasa menyokong kami," katanya seperti yang dipetik daripada Utusan Online.

Selain itu, pelakon kelahiran Kelantan ini juga menambah beliau tidak ada meletakkan sebarang jangka masa untuk berkahwin sepanjang tempoh dua tahun sepanjang mereka berkenalan.

"Perancangan untuk peringkat selanjutnya dalam hubungan kami masih belum ada. Kalau ada lampu hijau daripada keluarga, saya pasti akan kongsikan dengan semua orang.

"Saya tidak mahu membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan kerana amat penting untuk sesebuah hubungan itu mendapat restu daripada kedua-dua orang tua," katanya lagi.

Apa yang pasti, peminat memang ternanti-nantikan pasangan ini naik pelamin. Dua-dua sama comel, sama manis. (rtky/syfq)


LikeTweet
Read More
no image

0

Oleh kerana sekeping gambar yang dimuat naik oleh Neelofa, beliau dikritik ratusan pengikutnya dan turut mendapat perhatian adiknya yang bengang dengan kritikan tersebut.

Disentuh Qari, Neelofa Terima Kritikan Peminat Di Instagram - ROTIKAYA

BACA: Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta, Mahu Lebih Fokus Kerjaya[1]

Kritikan terhadap Neelofa muncul apabila beliau memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepalanya di Instagram miliknya.

Seperti kebiasaan, pelbagai pendapat berbeza dan juga tohmahan dilemparkan kepada Neelofa sehingga membuatkan adiknya melenting melalui Instagram @ameera812.

Sehubungan itu, ada di kalangan peminat Neelofa yang turut bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh adik Neelofa kepada haters kakaknya itu. (rtky/syfq)


References

  1. ^ Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta (www.rotikaya.com)
LikeTweet
Read More
no image

0

Ketika persembahan Shila Amzah dengan lagu Masih Aku Cinta di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) baru baru ini, Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik status mengucapkan tahniah buat penyanyi itu atas persembahan hebat beliau, walau belum diumum naib juara.

Status Twitter Sharnaaz Ahmad tersebut bagaimana pun telah dipadam selepas mendapat reaksi bercampur daripada para peminat yang mula berspekulasi sesama mereka.

#02 Shaarnaz Ahmad Pasrah Komen Balas Shila Amzah - ROTIKAYA

Melalui program Melodi sebentar tadi, Sharnaaz Ahmad telah memberikan komen beliau berkaitan 'komen balas' yang dibuat oleh Shila Amzah menerusi Instagram beliau yang mengubah lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta — balasan terus kepada status pelakon itu.

#01 Shaarnaz Ahmad Pasrah Komen Balas Shila Amzah - ROTIKAYA

"Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia," ulas Sharnaaz Ahmad.

Pelakon ini juga berkata yang status Twitter itu dimuat naik bukan satu cubaan untuk memikat hati Shila Amzah kembali seperti yang didakwa segelintir peminat. Kami pun rasa tidak salah untuk Sharnaaz Ahmad ucapkan tahniah sebegitu, jangan spekulasi lebih ya. (rtky/m)


LikeTweet
Read More
no image

0

Tema untuk persaingan terkini Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada Jumaat lalu memang mencabar keupayaan para peserta yang terlibat dan boleh kita lihat rata rata mereka seakan gagal untuk mempamerkan kebolehan untuk membawakan tugasan tersebut.

Kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke juga tidak terkecuali menerima komen daripada Nur Fazura sebagai juri tetap yang menyifatkan persembahan mereka sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar.

BACA: Nur Fazura Dedah Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam[1]

Namun reaksi Zizan Razak yang menyampuk percakapan Fazura ketika itu dilihat seakan biadap & menerima reaksi kurang senang daripada para penonton dan peminat.

Fazura Bengang Dengan Sifat Berlagak Zizan Razak? - ROTIKAYA

Tidak berapa lama selepas program MLM 2014 malam itu berakhir, Nur Fazura menerusi akaun Twitter beliau memuat naik status menyelar perbuataan Zizan Razak yang dianggap seperti tidak mampu menerima teguran selepas membuat kesilapan.

Harapnya Zizan Razak selepas ini boleh muhasabah diri untuk lebih terbuka untuk menerima apa jua kritikan tentang persembahan beliau. Popular tidak bermakna tidak boleh buat silap 'kan?


LikeTweet
Read More
no image

0

Awal minggu ini kecoh dunia hiburan apabila satu kemaskini Twitter oleh Nur Fazura dikatakan luahan perasaan selebriti itu terhadap Zizan Razak selepas pelawak itu seakan 'biadap' mencelah ketika beliau memberikan komen di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Zizan Razak sendiri juga melalui laman sosial telah memohon maaf kepada semua yang terguris dengan kata kata beliau ketika berada di atas pentas juga dalam temubual terbaru, Nur Fazura sendiri mengakui ketidakwajaran pelawak itu mencelah kata katanya.

BACA: Nur Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?[1]

"Saya tak tujukan kepada Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen," ujar Fazura kepada Mangga Online hari ini.

"Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri"

"Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak," tambah bintang Facing Up to Fazura ini lagi.

Beliau juga berkata yang status kontroversi tersebut bukan sahaja untuk mereka yang terlibat namun untuk dirinya sendiri juga kerana sepopular mana pun seseorang itu, beliau masih seorang manusia biasa yang perlu belajar dari kesilapan. (rtky/m)


LikeTweet
Read More
no image

0

Tidak mahu terus terbabit di dalam kisah percintaan Zizan Razak dan juga Emma Maembong, Kamal Adli sebolehnya tidak mahu campur tangan agar tidak dipersalahkan jika perkara tersebut melarat.

BACA: Kamal Adli: Saya Bukan Punca Emma & Zizan Razak Putus Cinta[1]

"Tak kisahlah apa juga cerita yang timbul mengenai hubungan mereka, pada pihak saya tak baik untuk campur tangan. Kami hanya kawan dan tidak lebih daripada itu," kata Kamal.

Tambah Kamal, dia sudah tidak berkomunikasi dengan Emma apatah lagi untuk keluar bersama Emma malah dalam masa yang sama jika kontroversi berkenaan berterusan, ia akan memudaratkan hubungan mereka baik mereka selama ini.

"Itu tak logik sebab kita semua, dia dan Zizan sudah berbaik semula. Jadi saya harap hormatilah saya dan mereka. Saya rasa tak eloklah saya terus dikaitkan dengan kisah mereka sebab tuduhan itu semua memang tak betul," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Harian Metro.

Berhubung dengan kisah Zizan dan juga Emma, pelbagai desas-desus didengari malah ada yang mengatakan kisah mereka berbaik semula hanyalah sekadar 'lakonan' serta ada yang menyifatkan hubungan mereka sudah berakhir, tetapi pihak Zizan cuba untuk memulihkan keadaan sebaik mungkin. (rtky/syfq)


LikeTweet
Read More
no image

0

Baru-baru ini pengacara MeleTOP, Neelofa memuat naik gambarnya mencetuskan kontroversi apabila adiknya yang berusia 14 tahun itu membalas kenyataan di akaun instagram dengan bahasa yang kurang baik disebabkan ada segelintir peminat yang memberikan komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.

Neelofa yang ditemui di sidang media Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2015 kelmarin menjelaskan bahawa adiknya itu masih belum matang dan baru berusia 14 tahun. Di usia itu emosi mengawal minda. Tambah Lofa lagi, sekiranya dia mengetahui perkara ini bakal menjadi kontroversi sudah semestinya dia tidak akan sesekali memuat naik gambar itu.

BACA: Neelofa Kena Kritik, Adik Mengamuk Di Ruangan Komen Instagram[1]

"Kalau saya tahu benda ini nak terjadi sudah tentu saya takkan share. Satu gambar sahaja orang beranggapan bermacam-macam spekulasi padahal mereka tidak tahu perkara yang sebenar"

Lofa menceritakan yang sebenarnya dia menghadiri satu perkahwinan keluarga yang melibatkan sanak saudaranya dari Kelantan dan turut sama saudaranya yang datang dari Pakistan.

"Saya menghadiri satu majlis perkahwinan saudara dan dalam majlis tersebut semua berkumpul dari Kelantan sehinggalah dari Pakistan. Ada di antara mereka sudah lama kami tidak berjumpa dan ketika itu ada seorang maulana yang merupakan saudara kepada pak cik datang kepada saya beberapa kali dan menyebut "merabete! merabete!". Dia menganggap saya seperti anaknya"

"Dia juga tidak boleh berbahasa melayu langsung dan mereka adakalanya menggunakan bahasa urdu untuk berkomunikasi disebabkan mereka asalnya dari negara Pakistan. Jadi tidak ada apa-apa pun," jelasnya panjang lebar.

Neelofa Anggap Tidak Adil Libatkan Adik Dalam Gossip Dunia Hiburan

Apabila adiknya itu mencampuri perkara tersebut dia awal-awal sudah memberitahu kepadanya supaya tidak melibatkan dirinya dalam isu tersebut. Walaubagaimanapun, Lofa menjelaskan bahawa tidak adil bagi peminat untuk menyelar tindakannya tersebut kerana Ameera masih berusia 14 tahun dan tidak terlibat langsung dengan dunia seni.

"Tak adil untuk dia. Sepatutnya dia dikira sebagai orang biasa sebab dia bukan artis atau orang yang berada dalam industri dia tak terlibat langsung. Kesianlah dia baru sahaja berumur 14 tahun. Lepas itu saya ada juga bercakap dengan dia supaya perkara ini boleh menjadi pengajaran"

"Sebelum ini saya sudah bercakap juga dengan dia supaya diam sahaja dan tak payah balas balik sebab perkara ini takkan habis, Kalau melawan juga pun tak habis. Tapi dia tak dengar juga bila dah kena hentam teruk dan saya rasakan inilah yang paling teruk sekali sehingga dia tak senang duduk dan trauma. Apa-apa pun, dia belajar daripada kesalahannya," terang Lofa. (rtky/hfz)


LikeTweet
Read More
no image

0

Pada edisi lepas Anugerah MeleTOP (AME) ERA 2014, pengacara Neelofa dikecam hebat apabila pakaian yang dipakai pada malam anugerah itu berpotongan melekap pada badan dan ada yang menyamakannya sebagai watak kartun popular Power Rangers.

Sekali lagi pada tahun ini dia dipilih untuk mengacara malam Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2015 dan katanya akan lebih berhati-hati memilih serta menggayakan pakaian pada malam tersebut, apatah lagi pada tahun ini dia sudah berhijab.

"Saya tidak akan lakukan kesilapan seperti apa yang pernah berlaku pada saya, tahun lalu. Tetapi apa yang terjadi tahun lalu berikutan saya tidak mempunyai banyak masa untuk buat persiapan. Ketika itu, saya baru balik dari Los Angeles. Jadi, saya cuma mempunyai masa tidak sampai seminggu untuk buat persiapan. Untuk kali ini, lebih teratur"

BACA: Neelofa Anggap Tidak Adil Buat Adiknya Jadi Mangsa Gosip Hiburan[1]

"Saya mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan. Sementara, pihak Astro juga ada memberi penerangan tentang apa yang patut saya pakai pada malam anugerah itu. Saya harap tidak akan timbul isu lagi mengenai pakaian saya. Lagipun, saya cuma akan memakai satu pakaian sahaja iaitu rekaan Fiziwoo pada majlis itu nanti," tambahnya lagi.

Sementara itu, Neelofa turut memberitahu yang tahun ini dia akan kembali ke set penggambaran semula setelah dua tahun menyepi dalam bidang lakonan. Menurutnya lagi, ini kerana komitmen serta jadualnya yang terlampau sibuk sebagai pengacara program.

"Saya akan muncul dalam lima telemovie tahun ini. Antaranya bertemakan cinta dan ada yang jalan ceritanya seperti Ayat-Ayat Cinta. Sebelum ini, jadual saya agak padat. Dalam seminggu, saya akan sibuk dengan penggambaran program Nona (TV3) selama dua hari. Pada setiap Selasa pula, saya akan komited dengan program MeleTOP (Astro) pula"

"Saya cuma mempunyai masa terluang selama tiga hari saja. Jika saya terlibat dengan lakonan, rasanya tidak adil untuk produksi berkenaan yang cuma mempunyai masa selama tiga hari seminggu sahaja untuk melibatkan scene saya. Sekarang, saya sudah tidak lagi bersama Nona, maka saya mempunyai lebih banyak masa untuk aktif berlakon semula," katanya. (rtky/hfz)


LikeTweet
Read More
no image

0

Selepas tersingkirnya kumpulan Virus dari persaingan Maharaja Lawak Mega 2014 pada Jumaat lalu, nampaknya ada spekulasi mengatakan salah seorang jurinya iaitu Nur Fazura menjadi punca utama kenapa kumpulan tersebut gagal ke peringkat akhir.

Ini semua kerana teguran Nur Fazura terhadap kumpulan Virus dua minggu lalu yang menganggap tindakan mereka menyampuk komen juri sebagai tidak wajar dan perlu diperbaiki lagi.

BACA: Fazura Akui Status Ditujukan Kepada Zizan Razak Dan Juga Untuk Diri Sendiri[1]

Namun, satu komen di akaun Instagram menarik perhatian para peminat apabila Fazura sendiri telah menjawab dengan nada sarkastik dakwaan mengatakan beliau punca Zizan Razak, Yus dan Tauke tidak dapat terus bersaing dalam MLM 2014.

Fazura Bahasakan Peminat Virus Di Instagram - ROTIKAYA

Well, para peminat tidak boleh terus menerus menyalahkan Fazura dalam perkara ini kerana keputusan bukan di tangan beliau seorang 'kan? Tidak mengapa, tahun hadapan mungkin Virus boleh kembali lebih gagah bersaing untuk jadi juara. (rtky/m)


LikeTweet
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button