Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.
Lagi kepala babi diletakkan di hadapan pintu masjid!

0

Rutin harian jemaah Masjid Nurul Iman untuk menunaikan solat subuh terganggu selepas dikejutkan dengan penemuan kepala babi panggang, yang diletakkan betul-betul di hadapan tangga pintu utama masjid.

Menurut Siak Masjid, Nadzlan Ambak, dia yang tiba jam 5.15 pagi untuk membuat persiapan solat terkejut apabila kepala babi diletakkan elok di pintu masjid seperti barang perhiasan untuk tontonan tetamu.

Nadzlan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun disitu berkata, insiden ini adalah pertama kali berlaku di masjid itu.

Read More
Ana Rafalli nikah 25 Februari ini!

0
 
Desas desus mengenai penyanyi Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, akhirnya terungkai sudah.

Pada sidang media khas di sini petang ini, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali mengumumkan bahawa majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Read More
no image

0
Seorang guru sekolah rendah hari ini dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377B Kanun
Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.
Hakim itu berkata mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.
Hakim Slamat berkata pakar bedah, Dr S. Manimaran, telah memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa telah diliwat.

Read More
no image

0

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Read More
no image

0

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tetap bertegas bahawa Israel adalah sebuah negara haram dan wajib diperangi atas kezaliman yang dilakukan.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, DPPM tetap dengan pendiriannya itu yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel tanpa mengira pihak mana yang mendokongnya.

“Isu Palestin adalah isu umat Islam dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam memperjuangkan negara Palestin yang merdeka serta menafikan hak dan kewujudkan Israel.

“DPPM sependapat dengan semua umat Islam bahawa Israel adalah sebuah negara haram yang wajib diperangi atas kezaliman mereka,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas isu berkaitan, Riduan berkata, DPPM meminta Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir tidak membuat kenyataan melulu sebelum membaca kenyataan sebenar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara tersebut.

Media baru-baru ini melaporkan Wall Street Journal (WSJ) pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Anwar dalam satu temu bual apabila ketua pembangkang itu didakwa berkata, “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Mahathir dipetik berkata, ketua pembangkang itu amat pandai berkata-kata khususnya selepas menerima pelbagai kecaman berhubung kenyataannya itu.

”Dia pandai, nampak warak dan saya pun terperangkap kerana saya ingat dia betul-betul warak dan sebab itu saya mengalu-alukan kemasukan dia dalam UMNO kerana saya ingat dia akan bawa nilai-nilai Islam,” kata Mahatir. – mynewshub.my
Read More
no image

0

KLANG – Kewujudan I-Kiosk Bayaran EMBPS (Express Micro Bill Payment System) di Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memudahkan pengguna untuk membayar cukai taksiran.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata, kiosk itu beroperasi 24 jam dan mula beroperasi awal tahun lalu dan kini melalui beberapa proses penambahbaikan untuk keselesaan pelanggan.

Menurutnya, orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang seperti sebelum ini dan kiosk yang berkonsepkan mesra pengguna itu mudah digunakan oleh semua peringkat umur.

“MPK prihatin dengan keperluan semasa dan kiosk ini menerima reaksi positif daripada penduduk setempat tentang kemudahan yang majlis tawarkan ini.

“Selain itu, kiosk ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang berkualiti dan ia sentiasa dikemaskini serta mampu menyimpan data setiap akaun pelanggan dengan teliti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ehsan berkata, kiosk itu juga boleh menerima bayaran dalam bentuk tunai, cek, kad kredit dan kad debit serta dan pada masa sama MPK menyediakan panduan untuk memudahkan orang ramai berurusan.

Menurutnya, pihak MPK berharap penduduk memanfaatkan kewujudan kiosk itu bagi menjimatkan masa pengguna di samping memperkenalkan inovasi dan kemudahan terkini MPK dalam menuju Bandar Raya Cemerlang 2015.  – mynewshub.my

Read More
no image

0

KLANG  – Beberapa lokasi di daerah ini dikenal pasti sebagai kawasan berisiko ancaman denggi dan orang ramai diminta sentiasa peka dengan tahap kebersihan di kawasan terbabit.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA) Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, antara kawasan itu adalah Pulau Ketam,Bandar Armada Putra,Pekan Pandamaran dan Pandamaran Jaya.

Menurutnya, bagi kawasan Klang Selatan,lokasi yang perlu diberi perhatian adalah Taman Bayu Perdana, Pangsapuri Palma, Bandar Botanik, Taman Sentosa dan Pangsapuri Prima Bayu.

“Sementara it untuk Klang Utara dua tempat dikenal pasti berisiko adalah di Kondominium Bandar Baru Klang dan Taman Eng Ann serta di Taman Klang Utama (Kapar) dan Taman Bayu Meru.
Read More
no image

0

KUALA LUMPUR – Bilangan majikan yang gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja mereka menurun kepada 1.36 peratus pada Oktober hingga Disember tahun lalu berbanding 1.49 peratus yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, penurunan itu ekoran tindakan tegas yang dilakukan oleh  pihak penguatkuasaan KWSP dalam menangani perkara tersebut sebelum ini.

“Demi melindungi simpanan persaraan ahli, KWSP akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak melaksanakan tanggungjawab membayar caruman bulanan KWSP,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Affendi berkata, pada Oktober hingga Disember tahun lalu seramai 152 majikan dikenakan denda terkumpul berjumlah RM149,950  oleh mahkamah kerana tidak membayar caruman KWSP pekerja mereka.

Menurut beliau, denda untuk kesalahan itu adalah antara RM2,200 dan RM6,000
Read More
no image

0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa keengganan segelintir Menteri dan Timbalan Menteri mengisytiharkan harta secara terbuka mendatangkan masalah kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memerangi rasuah.

Justeru, kata beliau, kerajaan disaran supaya mewajibkan semua Menteri dan Timbalan Menteri mengisytiharkan harta mereka secara terbuka bagi menunjukkan keberanian kerajaan untuk menangani rasuah.

“Seorang Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah mewajarkan keengganan beliau dengan mempersoalkan kenapa Exco Pulau Pinang ambil masa empat tahun mengisytiharkan harta secara terbuka.

Read More
no image

0

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd. (Public bank), Public Mutual hari ini mengumumkan pengagihan untuk empat daripada dananya.

Public Mutual melalui satu kenyataan memberitahu, pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana itu adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Januari 2012.

“Pengagihan kasar itu adalah Public Dana Index (6.25 sen seunit),  Public Dana Islamic Optimal Growth (1.50 sen seunit), Public Dana Enhanced Bond (3.75 sen seunit) dan Public Dana Money Market (2.50 sen seunit),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Public Dana Index merupakan dana ekuiti yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan pada masa yang sama berusaha mengatasi FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index.

Read More
no image

0

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui penyanyi bagi lagu Kisah Hati, Alyah berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 selepas memenangi kategori Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) malam Ahad lalu.

Di sebalik tuah yang dibawa dalam lagu itu,  ramai yang berpendapat kemunculan ‘surprise’ Remy Ishak dalam persembahan mantap Alyah itu juga telah menyumbang kepada kemenangannya.

Tapi, tahukah anda sebenarnya, kemunculan Remy di saat-saat akhir nyanyian Alyah adalah satu rancangan ‘sulit’ yang tidak diketahui sesiapa termasuk krew TV3 sendiri!

Memetik tulisan Remy di dalam blognya, http://dakamat.blogspot.com, tiada  mana-mana pihak yang mengetahui dia akan muncul dalam persembahan Alyah walaupun pihak Media Prima sendiri.

Read More
no image

0

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

“Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.



“Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi,” dakwanya.

Tetapi bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mahathir pun apa kurangnya.

Read More
Sekitar Majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011

0
 http://cerciterpanas.blogspot.com

gambar ppmh2011

Berikut ialah senarai pemenang PPMH2011:-


1. Anugerah Ikon – Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan – Yuna

3. Anugerah Selebriti Favourite – Shahizey Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal – Abby Abadi
 http://cerciterpanas.blogspot.com
5. Anugerah Duda Hot – Yusry KRU

6. Anugerah Janda Hot – Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak – Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita – Rozita Che Wan

Read More
Siti Nurhaliza Gondol Anugerah Ikon Pilihan Pembaca Media Hiburan(PPMH) 2011

0
Siti Nurhaliza Gondol Anugerah Ikon Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011 |


siti media hiburan
Kalau dah namanya Siti Nurhaliza, pakai fesyen macam mana pun tetap akan tampil menarik. Lagi beberapa keping gambar Siti Nurhaliza semasa PPMH2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Razin Photography.
Read More
Mawi dan Ikin bakal timang cahaya mata sulung hujung Februari ini

0

Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.

Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.

"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.

"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.
Read More
Tun Mahathir SENGAJA putar belit fakta Israel - PKR

0

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja memutarbelitkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika Syarikat (AS) ketika menerajui kerajaan.

Semalam, Dr Mahathir menyatakan bahawa Anwar, Ketua Umum PKR, merupakan simpatisan Yahudi.

"Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan Umno dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin," kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Azmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.
Read More
(6 GAMBAR)Shila Amzah Dan Sha’naz Ahmad Tampil Mesra Di AJL26

0
(6 GAMBAR)Shila Amzah Dan Sha’naz Ahmad Tampil Mesra Di AJL26 |



shila dan sharnaz ahmad
Lagi beberapa keping gambar kemesraan Shila Amzah dan Sha’naz Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RentakArtis.
Read More
Akhirnya Mawi Bergelar Bapak Tak Lama Lagi

0



KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.
Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.

"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.
Read More
AJL 26 – Shila Amzah dituduh sebagai pembunuh di dalam twitter?

0

Kecoh sebentar semalam di dunia Twitter apabila Shila Amzah dituduh penyebab kematian seorang peminat!
Apa tidaknya, satu akaun yang menggunakan tweethandle bernama @ (kami anti shilaamzah) telah menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kepada kematian kawan pemilik akaun Twitter ini. Akaun ini telah didaftar sehari selepas AJL 26 iaitu 30 Januari 2012.
Read More
Anwar Akrab Dengan Yahudi – Tun M

0
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.
Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.
Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.
Read More
Pelajar buat kacau tetap akan dihukum – MB Kedah

0
 
ALOR SETAR - Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin kepada Sinar Harian.

Read More
Kami bukan parti suka pecat ahli – PAS

0
 

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menolak pandangan media bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menjadi sasaran susulan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali awal bulan ini, berhubung tindakan penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Sambil menegaskan isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza, Salahuddin berkata, Pas juga bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya.

"Pas bukan (parti) suka pecat orang. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang melihat siri pemecatan dari Pas. Jadi, kita bukan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang.

Read More
Anak KPN terkejut dengar khabar angin bapanya meninggal dunia

0
 
SHAH ALAM - “Ayah saya sedang bersiap untuk menghadiri majlis makan malam sewaktu khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia."

Demikian kata Muhammad Amsyari, anak sulung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika menafikan berita kematian ayahnya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Amsyari, beliau mendapat khabar angin itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada kenalannya, kira-kira jam 1 pagi.
Read More
RM 200,000 lesap di lebuh raya setelah BMW dirempuh

0


NILAI – Seorang pemilik stesen minyak mengalami keadaan cemas apabila keretanya dirempuh kenderaan penyamun bersenjata yang melarikan RM200,000 di Kilometer 287, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Bukit Mahkota, di sini, semalam.
Read More
Gambar Dynaz Mokhar Hamil Anak Ke-2

0

Baru-baru ini berlangsungnya satu acara Karnival Karangkraf 2012 di Shah Alam. Selebriti yang turut hadir juga ramai, namun yang menjadi perhatian adalah kelibat pelakon, Dynas Mokhtar yang kelihatan hamil beberapa bulan anak ke-2. Walaupun mengandung, Dynaz sempat lagi mempromosikan butiknya yang berkonsepkan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) di Karnival berkenaan
Read More
Safee Sali masih berteka-teki masa depan bolasepaknya

0

"SUDAH hendak sampai masa dah (masa depan bersama Pelita Jaya), dan bila segalanya sudah selesai saya akan membuat pengumuman rasmi dengan segera."

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bagi menjawab teka-teki yang bermain di kotak hati peminat berhubung masa depannya bersama Pelita Jaya selepas ini.

Sebelum ini, pemerhati bola sepak tempatan tertanya-tanya mengenai masa depan penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu bersama Pelita Jaya apabila kontraknya dengan kelab tersebut secara rasminya bakal tamat hari ini.

Spekulasi Safee bakal berhij- rah ke kelab lain juga tersebar luas baru-baru ini lantaran Liga Super Indonesia (ISL) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikhabarkan 'diharamkan' oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Read More
Terowong pejalan kaki jadi tempat melempias nafsu dan dadah

0

MELAKA: Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.

Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.

Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar.

Penduduk, Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.
Read More
Peratusan kanak-kanak mengakses bahan lucah melalui telefon meningkat!

0

LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Read More
AJL 26 - Politik tidak menghalang saya berkarya, Nasmi Hashim (KetuaCabang PKR, Parit Sulong)

0

PETALING JAYA: Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.

Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.
Read More
AJL26 Cecah Rekod 6.5 Juta Penonton!

0

KUALA LUMPUR – Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam industri televisyen yang sengit sewaktu ia ke udara malam Ahad lalu di TV3.

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan saja di kaca televisyen, AJL26 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi ajl.tv3.com.my, di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Karpet Biru dan Di Sebalik Tabir.
Read More
Hormat, Malu Dan Agama Yang Kian Hilang…

0

Bukan mudah untuk bermuhasabah dan mengaku kesilapan atau kesalahan yang pernah dilakukan oleh diri kita sendiri sepanjang kehidupan ini.

Dan sekiranya kita sedar tentang kekhilafan diri pun, adalah bukan mudah bagi kita untuk merubah tabiat atau sikap negatif yang bersarang di dalam diri kita.

Sebenarnya, jauh di dalam hati kecil kita tahu bahawa kelakuan kita itu salah dan tidak wajar.
Read More
Harith Iskander ‘Gila’ Pakaian Bayi

0

KUALA LUMPUR – Pelawak, pelakon, pengacara dan pengarah, Harith Iskander tidak menafikan dia kini seolah-olah ‘gila’ dalam membeli pakaian bayi sebagai persiapan menyambut kelahiran cahayamata pertamanya yang akan lahir pada bulan Mac ini.

Menurut selebriti berusia 46 tahun ini, dia seperti tidak sabar untuk bergelar bapa dan membuat banyak persiapan terutamanya membeli pelbagai barangan keperluan bayi terutamanya pakaian sehingga ia membimbangkan isterinya, Dr. Jezamine Lim Iskander, 28.
Read More
Miera Leyana Tawar Hati Untuk Berbaik Semula Dengan Shahrizal Jaszle

0


PETALING JAYA: Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.

Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya tertutup untuk berbaik semula dengan aktor filem Azura 2012 itu.

“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.
Read More
no image

0
1. Manusia dengan Otak yang Menakjubkan (Daniel Tammet)
 
Daniel Paul Tammet adalah orang Inggris yang berbakat dengan kemampuan yang luar biasa pada perhitungan matematis, memori, dan pembelajaran bahasa.
Ia dilahirkan dengan bawaan epilepsi.
Ia mengatakan, setiap angka hingga 10.000 masing – masing memiliki ‘rasa dan bentuk’ yang unik, sehingga ia dapat ‘merasakan’ apakah suatu angka tersebut termasuk angka yang utama ataupun campuran.
Sebagai contoh, ia mengatakan bahawa angka 289 adalah angka yang jelek, angka 333 menarik, dan Pi itu indah.
Read More
no image

0
Dekat Baitulmaqdis seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa,apa yang mengagumkan bayi tersebut tidak langsung mengalami kecederaan.Sebaliknya ular tersebut bernasib malang mati di’gigit.
Menurut ibu bayi itu Ghadir Aleeyan, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imad dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,”
Read More
Sekitar Blue Carpet AJL 26

0
Kalau ada event-event besar seperti AJL26, sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh peminat dunia seni ialah fesyen artis-artis kita di blue carpet atau pun red carpet majlis tersebut. Untuk AJL26, oleh kerana Celcom menaja event ini, maka artis kita ramai yang berposing sakan di blue carpet AJL26. Kesemuanya vogue-vogue dan kacak-kacak belaka.



Lagi 76 keping gambar sekitar blue carpet AJL26

Read More
Tarian separuh bogel di Pulau Pinang cetus kontroversi

0
 

Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan oleh penulis blog MyNewsHub dalam laman blognya.

Dipercayai pusat hiburan yang terletak di bersebelahan sebuah hotel popular di Georgetown menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi atau Sexy Dance Competition.

Tidak ketinggalan, penulis blog itu juga memuat masuk beberapa video yang memaparkan gadis-gadis menari dalam keadaan separuh bogel di lobi tarian kelab itu.
Read More
Pukul ibu hanya kerana mahu berzina dengan teman lelaki

0
 
Gambar Hiasan

Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan
Read More
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

0
 
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Read More
Video Cemas Robot Melahirkan Anak

0
Beginilah saat-saat cemas robot tengah melahirkan anak perempuan.Namun..Doktor yang membidankannya sambil lewa dan tak kisah sikit pun.Berjuta kali tugasnya melahirkan anak.Anak yang sama..iaitu anak robot.
Read More
no image

0
KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar
Read More
no image

0







Mungkin kebanyakkan pengguna atau peminat produk buatan Apple tidak mengetahui atau memang tidak ambil tahu langsung apa makna di sebalik huruf “i” pada telefon pintar iPhone, iPad dan sebagainya.



Ok, sebenarnya huruf “i” tu bukan saja-saja je letak tapi ada maksudnya yang tersendiri. Sebagai contoh produk pertama yang dibangunkan yang mempunyai huruf “i” di depannya ialah iMac. Jadi, “i” mewakili internet dan “Mac” mewakili Macintosh. Internet merupakan kata yang paling sering dikira diwakili “i”. Namun, internet bukanlah satu-satunya erti “i” yang dimaksud Steve Jobs.



Selain internet, “i” juga bererti individual, merujuk pada sifat alami personal komputer. Arahan, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan serta informasi dan inspirasi.



Sejak pengeluaran iMac pada 1998, Apple mula merancang beberapa rancangan serupa produk lainnya menggunakan “i” termasuk iPod, iPhone dan kini iPad…
Read More
Gambar Seksi Neelofa Dan Scha Di Gincu Avon

0
Seorang ratu cantik, model, usahawan dan kini bergelar duta rangkaian kosmetik Avon terbaharu, Neefola kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan bibir merah. Wanita yang baru berusia 22 tahun itu mengakui beliau berterima kasih kepada produk rangkaian gincu terbaharu Avon, Ultra Moisture Rich Rose (UMR).
Gincu UMR daripada Avon, boleh didapati dalam 10 warna menawan iaitu blushing bride rose, rosabella rose, amelia rose, passionate kiss rose, jubilee rose, royal celebration rose, apricot nectar rose, french lace rose, anne’s signature red dan amour rose.


Neelofa & Scha menjadi Duta Avon
Read More
no image

0
Pernah menggegarkan industri hiburan antarabangsa dengan album-album mereka awal dan pertengahan 2000-an yang menampilkan lagu-lagu hits seperti Bring Me To Life, My Immortal dan Anywhere, kami ingin memaklumkan yang kumpulan terkenal ini akan membuat persembahan secara Live di Malaysia di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 23 Februari ini, pukul 8.30 malam.

Evanescence dianggotai oleh Amy Lee, Terry Balsamo, Tim McCord, Troy McLawhorn dan Will Hunt sudah bertukar-tukar anggota sejak beberapa tahun lepas tetapi masih mempunyai fanbase yang besar. Tiket berharga RM 298, RM 198 dan RM 98 boleh dibeli di sini Untuk anda, ditampilkan lagu favorite kami oleh mereka, Everybody’s Fool. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook JS Concert selaku penganjur
Read More
Tiada Tarian Ghairah, Hanya Sekadar Menari Biasa-Biasa – Tasha Shilla

0
Berhentikan sekejap demam AJL26 dan bukalah telinga untuk mendengar penjelasan daripada Tasha Shilla tentang gosip yang menyatakan dia membuat tarian ghairah di The Rootz baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang kecewa kerana Tasha Shilla sekadar menari biasa-biasa sahaja bukannya pole dance seperti yang dihebahkan. Abang Nara tak dapat bayangkan wajah innocent Tasha Shilla menari pole dance. Boleh terkejung urat kaki dibuatnya.
tasha shilla
Yang pastinya, Tasha Shilla mengakui yang dia memang berada di The Rootz untuk menyambut hari jadinya. Berikut adalah penerangan daripada Tasha Shilla menerusi
Read More
Saya pun ada bukti salah laku pemimpin Pakatan - Hasan Ali

0

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan
Read More
UMNO tidak taja roadshow saya - Hasan Ali

0

MUKADIMAH: Berita 8 Januari lalu menggemparkan dunia politik tanah air.  Pengumuman pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada parti menjadi berita utama.  Mengapa, kenapa dan bagaimana perkara itu boleh berlaku telah diperjelaskan beliau.  Tinggal lagi, rakyat termasuk ahli Pas yang akan membuat penilaian.  Eksklusif kepada
Read More
Nik Sapeia bebas dari tuduhan cederakan Tun Mahathir

0

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati majistret yang mendengar kes itu telah terkhilaf daripada segi fakta dan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Nik Sapeia pada 14 Januari 2010.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata Majistret Azman Mustafa telah khilaf daripada segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Nik Sapeia dengan
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button