Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.
Scha Dan Awal Hiasi Muka Depan Majalah EH! Februari 2012

0
Selepas Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha dan Awal adalah salah seorang pasangan kekasih selebriti yang sedang menanti ketibaan hari bahagia mereka berdua. Sejak tahun lepas lagi mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga, namun atas sebab-sebab tertentu, perkahwinan terpaksa ditangguhkan, paling latest tarikh perkahwinan yang dirancang adalah tidak lewat dari Jun 2012 ini.

awal dan scha

Apa-apa pun kedua-dua pasangan kekasih ini memang nampak sangat secocok dan seiras di dalam muka depan majalah EH! Februari 2012. Orang kata kalau muka seiras nie jodohnya panjang. Dan untuk pengetahuan, ibu Scha sekarang sedang sakit menyebabkan Scha tak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan perkahwinannya. Sama-samalah kita doakan agar ibu Scha cepat sembuh. Amin.
Read More
no image

0
Apa akan jadi kalau sebuah filem menggabungkan si cantik Fazura dan 3 pelawak iaitu Johan, Nabil dan Saiful Apek? Jawapannya ialah confirm filem tersebut akan membuatkan pankreas anda kejang akibat gelak tak berhenti-henti. Daripada trailer filem Bujang Terlajak di bawah, sememangnya gabungan Fazura dan 3 pelawak ini nampak mampu membuatkan penonton gelak ketawa.



Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Terlajak yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2011.
Read More
no image

0
[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Beberapa hentian sebelah di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara pada esok dan lusa untuk kerja penyelenggaraan.
Read More
no image

0

Mutakhir




KEMAMAN: Kerajaan negeri Terengganu akan memohon pinjaman sebanyak RM500 juta dari kerajaan pusat untuk membiayai projek bekalan air di kawasan perindustrian Teluk Kalong dekat sini bagi keperluan industri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata bekalan air di kawasan itu meningkat dari semasa ke semasa berikutan pertambahan kilang baru termasuk Kilang Keluli Bersepadu Eastern Steel yang sedang dibina.


"Apabila kilang Keluli Bersepadu Eastern Steel siap nanti bil airnya saja dijangka akan mencecah RM1 juta sebulan dan sebelum ini, Perwaja Steel hampir RM400,000 sebulan sementara Tioxide Malaysia Sdn Bhd mencapai RM500,000 sebulan.

"Sebab itu kita amat memerlukan pinjaman ini dan kita sudah melantik konsultan sebagai langkah awal melaksanakan projek bekalan air tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dana Tahun Baru Cina 2012 peringkat daerah Kemaman di Dewan Datuk Seri Amar Diraja, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman dan ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Katanya, projek tersebut dijangka akan memakan masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan dan sebagai langkah sementara kerajaan negeri akan membeli air daripada Petronas dengan menarik bekalan air di Dungun.

Sementara itu, seramai 1,577 orang menerima Dana Tahun Baru Cina itu membabitkan seramai 1,059 dari DUN Chukai, 337 (DUN Kemasik), 155 (DUN Kijal) dan 26 (DUN Air Putih) yang membabitkan perbelanjaan RM400,500. - BERNAMA






Read More
no image

0

Mutakhir




KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd sudah memperoleh 39.927 juta saham Proton Holdings Bhd yang mewakili 7.27 peratus modal saham berbayar dan terbitan pengeluar kereta nasional itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-Hicom berkata saham tersebut dibeli melalui pasaran terbuka pada harga antara RM5.40 dan RM5.47 sesaham.


Semalam, ia mengumumkan cadangan pemerolehan 234.735 juta saham yang mewakili 42.74 peratus pegangan ekuiti dalam Proton daripada Khazanah Nasional Bhd pada RM1.291 bilion atau RM5.50 sesaham dan tawaran am mandatori (MGO) bagi baki saham Proton.

"Diandaikan cadangan pemerolehan selesai dengan jayanya, DRB-HICOM akan menguasai, pada agregat, lebih daripada 50 peratus saham mengundi Proton.

"Oleh itu, tawaran MGO yang dicadangkan tidak akan tertakluk kepada penerimaan," kata DRB-Hicom. - BERNAMA






Read More
no image

0

Mutakhir




KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merancang menghantar pemain muda untuk berlatih di luar negara pada masa akan datang, kata naib persidennya, Datuk Subahan Kamal.

"Kini, kita sepatutnya mula mencari pemain muda dan sebab itu kita percaya bahawa program pembangunan belia dalam bola sepak sangat penting.


"Kita bukan hanya bercakap mengenai pemain yang kita ada pada hari ini. Pada masa akan datang, kita hendaklah mendidik pemain seawal usia 16 atau 17 tahun", katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo rasmi 1Malaysia Cardiff City (1MCC) dan platform media sosial di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengerusi 1Malaysia Cardiff City dan Cardiff City FC, Datuk Chan Tien Ghee dan Pengurus Pasukan Cardiff City FC, Malky Mackay.

Subahan berkata, peluang untuk berlatih dengan pasukan terpilih di luar negara hendaklah diberikan kepada pemain yang lebih berkemampuan dan berbakat.

Mengenai penyerang kebangsaan, Safee Sali dan kapten pasukan kebangsaan, Shafiq Rahim berlatih dengan Cardiff FC, Subahan berkata, kedua-dua mempunyai pengalaman pada tahap berlainan dengan pasukan itu.

"Bagaimanapun, mereka bukan hanya pemain Malaysia yang kita ada. Ramai lagi pemain muda dan berbakat. Kita ada dua pemain dalam ranking bawah 23 Asian All-Star iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Mohamad Fadhli Mohd Shas.

"Bagi saya, tumpuan kita hendaklah pada pemain muda seperti Fadhli Shas, Muslim Ahmad. Mereka adalah contoh individu yang ada kesan besar jika dihantar ke luar negara," kata beliau.

Subahan berkata, FAM bukan hanya menimbangkan untuk menghantar pemain menjalani latihan di Eropah tetapi juga di sesetengah negara utama Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan China.

Sementara itu, Chan berkata, beliau akan mengalu-ngalukan pemain Malaysia lain untuk berlatih dengan pasukan Wales.

"Sebab utama kenapa kita bawa Safee dan Shafiq ke Cardiff ialah untuk memberikan pendedahan kepada mereka. Selain itu, terpulanglah kepada mereka," katanya.

Chan berkata, dengan memberikan pendedahan kepada pemain berkenaan, mereka akan memahami apa yang ada di dunia lain atau dalam liga yang berlainan.

"Kita mengalu-ngalukan calon lain dan kita ingin terus melakukan itu kerana kita adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia dan apa yang lebih baik ialah dengan memberikan pendedahan kepada pemain negara untuk bermain dalam liga luar negara," kata beliau. - BERNAMA






Read More
no image

0

Mutakhir




SEMPORNA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjualan Proton Holdings Bhd (Proton) oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) kepada DRB-Hicom Bhd tidak akan mengubah identiti Proton sebagai kereta nasional.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau berkeyakinan langkah Khazanah itu akan memastikan kereta nasional tersebut terus berdaya saing di pasaran automotif dunia.


"Saya tak fikir langkah itu akan melenyapkan fungsi Proton sebagai kereta nasional. Bagi kita, ia masih lagi kereta nasional kerana ia masih di tangan rakyat Malaysia dan diurus oleh Bumiputera Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam daerah Semporna di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas pengumuman Khazanah bahawa DRB-Hicom Bhd, konglomerat yang dimiliki usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, dipilih untuk mengambil alih Proton dalam satu janji niaga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1.291.

Semalam, Khazanah mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya di dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham.

Selepas selesai proses jual beli berkenaan, DRB-Hicom akan membuat tawaran awam mandatori (MGO) bagi baki saham Proton yang masih belum dimilikinya.

Selain DRB-Hicom, Khazanah sebelum ini dikatakan menerima tawaran pengambilalihan dari Pengerusi Proton sendiri, iaitu Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Yang turut dikatakan membuat tawaran adalah Kumpulan Syarikat Naza (NAZA) dan kumpulan Tan Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez.

Bagaimana pun, Muhyiddin berharap syarikat berkenaan akan mengatur perancangan yang strategik bagi menghadapi persaingan yang mencabar dalam industri automotif, terutama dalam mengekalkan jenama kereta nasional (Proton) secara berterusan, sekaligus membawa keuntungan kepada syarikat. - BERNAMA






Read More
Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

0





Bagi mereka yang telah menyemak status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan gagal dalam permohonan ini masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan melalui borang rayuan yang disediakan.

Pemohon boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat petugas di Pusat Khidmat wakil rakyat dan penyelaras Barisan Nasional (BN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Persekutuan

Untuk download borang tersebut boleh klik link berikut:

KLIK DISINI UNTUK DOWNLOAD BORANG RAYUAN


Read More
no image

0

Mutakhir




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata badan kewangan antarabangsa boleh mengekang perbuatan pelampau kewangan yang menghancurkan kehidupan jutaan penduduk dunia melalui pendekatan moral dan kesederhanaan.

Perdana Menteri berkata pendekatan itu menghasilkan pertumbuhan yang mampan dan mewujudkan keadilan sosial.


Pelampau kewangan ini adalah seperti perbuatan membuat pinjaman yang berlebihan melalui sandaran yang kecil, pertukaran kemungkiran kredit yang membingungkan dan perbuatan pinjaman subprima yang sewenang-wenangnya, katanya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global pertama.

Beliau melabelkan krisis kewangan yang dialami di seluruh dunia sebagai "salah satu peristiwa yang sangat keterlaluan" yang pernah disaksikan oleh sejarah,
Persidangan itu menandakan langkah terbaharu di dalam usaha Perdana Menteri memupuk kesederhanaan sebagai penawar terhadap segala bentuk perbuatan ekstremisme atau pelampau.

Ucaptamanya termasuk pelancaran secara rasmi Yayasan Pergerakan Moderat Global, yang merupakan satu pusat mengumpul dan menyebarkan maklumat serta bahan-bahan kempen bagi menyertai usaha itu.

Najib turut mengumumkan pelan penubuhan Institut Wasatiyyah sebagai sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Wasatiyyah" adalah konsep yang memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan di dalam semua bentuk kehidupan.

Perdana Menteri berkata Pergerakan Moderat Global itu perlu dipacu oleh tindakan popular dari peringkat akar umbi dan tidak diterajui oleh kerajaan melalui pendekatan dari atas ke bawah dan kedua-dua Yayasan serta Institut berkenaan akan membantu menjadikan wawasan itu sebagai satu kenyataan.

Najib berkata: "Gambaran yang diberikan kepada dunia melalui peristiwa 11 September, 2011 atau lebih dikenali sebagai 9/11 telah mengejutkan satu kehidupan satu generasi penduduk dunia serta menggugat nurani penduduk dunia secara kolektif dan sebaliknya gambaran yang dilihat di luar pejabat Lehman Brothers pada pagi September yang lain beberapa tahun selepas itu menunjukkan keadaan yang biasa."

"Seorang wanita, yang tertekan dan cemas, membawa keluar barang-barang miliknya di dalam kotak keluar dari ibu pejabat syarikat itu. Seorang eksekutif yang diaibkan, berjalan dengan pantas dan memasuki keretanya serta berlalu dengan segera."

"Pemandangan itu tiada yang luar biasa, tetapi tanpa perlu melepaskan walau satu das tembakan pun, keadaan yang ekstrem dan keterlaluan di Wall Street di dalam beberapa hari selepas itu memberikan kesan yang buruk terhadap dunia, yang seperti yang kita ketahui dari setiap perinciannya," katanya.

"Jadi, bagaimanakah kita boleh mewujudkan keadaan ekonomi global yang benar-benar sederhana demi kepentingan golongan yang banyak dan tidak yang segelintir?

"Bagaimanakah boleh kita mencipta satu sistem yang memberikan keadilan terhadap kepentingan "golongan 99 peratus" dan bukan semata-mata mereka yang berada ditampuk pembuat keputusan?

"Secara mudahnya, kita tidak boleh lagi membenarkan peraturan pasaran diberi kebebasan sepenuhnya.

"Pasaran, seperti yang kita ketahui, adalah satu-satunya laluan yang boleh membawa kepada pertumbuhan kukuh kemakmuran dan kemampanan global - tetapi kita mesti menolak penghasilan sesuatu yang tidak adil apabila ia dibiarkan tanpa diawasi dan dengan mengamalkan amalan ekonomi yang sembrono yang menghancurkan sistem kewangan global," kata Najib.

Katanya "perbuatan membuat pinjaman yang berlebihan melalui sandaran yang kecil, pertukaran kemungkiran kredit yang membingungkan, pinjaman subprima yang sewenang-wenangnya" adalah sama seperti perbuatan mencipta satu saintis gila di mana amalan kewangan yang baharu dan tidak difahami melanda Wall Street dan menghancurkan kehidupan jutaan manusia yang menerima kesannya."

"Tetapi, bagaimana dengan nasib lelaki dan wanita, ahli perbankan dan pedagang yang melaksanakan tanggung jawab masing-masing tanpa memahami matlamat selain keperluan untuk diri mereka sendiri?

"Wajah-wajah pelampau yang menghancurkan kehidupan jutaan manusia kini adalah jauh berbeza dengan pada masa lampau yang berkumis dan berjambang dan berkulit gelap serta sasa yang sebaliknya memakai suit gelap, yang duduk di kerusi empuk dan rupa wajah yang bersih," katanya.

Najib berkata ini berbeza dengan gambaran lampau yang telah diberitahu mengenai pelampau - dan ia juga menimbulkan persoalan yang penting: bagaimanakah rupa wajah pelampau masa kini? Bagaimanakah boleh kita mengenali mereka?

"Jawapannya, ialah pelampau atau golongan ekstrem itu sendiri, seperti sikap ekstremisme itu sendiri, wujud di dalam pelbagai bentuk dan kita hanya mengenali mereka melalui tindak tanduk masing-masing."

Berlatarbelakangkan gambaran itulah, Perdana Menteri telah merayu supaya sikap kesederhanaan dijadikan satu pendinding bagi menewaskan golongan ektremisme atau pelampau.

"Perbuatan penindasan dan kezaliman hanya akan berjaya apabila golongan yang prihatin terhadap kesengsaraan orang lain berpeluk tubuh, enggan menjadikan apa yang dicakapkan sebagai satu tindakan yang berkesan," katanya. - BERNAMA






Read More
Ajai Dan Isteri Tidak Melatah Penyebaran Gambar Mesra Ajai Bersama Seorang Gadis

0
Rasanya semua orang tahu lelaki di gambar di bawah adalah komposer tekenal Ajai. Abang Nara respek betul dekat Ajai dan isteri yang sangat cool apabila gambar ini dikeluarkan di dalam BiPop baru-baru ini. Kedua-duanya tak melatah dan mengambil sikap tak kisah. Respek.
ajai
Kata Ajai:-
Ia sedikit pun tidak mengganggu kerjaya, diri dan keluarga saya. Tanyalah isteri saya, dia pun faham dengan kontroversi seperti ini dan tak hairan pun. Lainlah kalau foto itu menunjukkan saya bercium dan berbogel atau kena tangkap khalwat. Namun ia sekadar foto biasa
Read More
no image

0

Mutakhir




SHAH ALAM: Polis memberkas tiga lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia kerana disyaki mengedar dadah dan merampas sejumlah 155.8 kilogram ganja bernilai lebih RM500,000 serta sebuah kereta mewah dalam dua tangkapan berasingan, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam tangkapan pertama seorang lelaki ditahan di kawasan Lebuhraya DUKE, Gombak oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Gombak kira-kira jam 2 pagi.


"Ketika ditahan, lelaki yang berumur 30 tahun itu sedang berjalan seorang diri di tepi lebuh raya terbabit dan suspek seperti sedang menunggu seseorang.

"Hasil pemeriksaan ke atas individu berkenaan, kita merampas satu ketulan daun kering mampat disyaki ganja seberat 1.9 kg bernilai kira-kira RM3,400," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat menunjukkan suspek adalah tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur.

"Dua jam selepas tangkapan pertama dibuat, kita kemudian bertindak memberkas dua lagi rakan suspek (pertama) di sebuah sekolah belajar memandu tempat suspek pertama bekerja," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki termasuk lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah terbabit.

"Suspek kedua yang ditahan adalah penganggur berusia 38 tahun manakala suspek ketiga adalah warga Indonesia berusia 33 tahun," katanya.

Dalam serbuan kedua itu, polis turut merampas 79 ketulan ganja seberat 153.9 kg dengan nilai RM523,260 yang ditemui dalam sebuah stor di pusat belajar memandu terbabit.

"Siasatan menunjukkan 153.9 kg ganja itu boleh dibungkus menjadi 34,200 paket kecil yang mana setiap satu paket berkenaan mengandungi ganja seberat 4.5 gram dengan nilai RM50 bagi setiap paket," kata Tun Hisan.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Alphard milik suspek kedua.

"Siasatan mendapati kumpulan ini aktif mengedar dadah di kawasan sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu dan kita masih menyiasat jika terdapat lagi individu di sekolah memandu berkenaan yang turut menjalankan kegiatan ini bersama tiga suspek terbabit," tambahnya.

Katanya, saringan ujian air kencing juga menunjukkan suspek pertama dan kedua positif dadah.

Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA






Read More
no image

0

Mutakhir




MOGADISHU: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila beberapa pesawat membedil kem kumpulan militan di selatan Somalia hari ini.

Saksi, Noh Haji, berkata pesawat berkenaan membedil kubu dan membakar khemah kumpulan militan al-Shahab yang ada hubungan dengan al-Qaeda Somalia.


Katanya, beliau melihat sembilan mayat dibawa anggota al-Shahab selepas serangan itu.

Serangan di Afmadow itu berlaku sehari selepas beberapa pesawat dikatakan membunuh lima kanak-kanak dan dua pejuang di Jilib, satu lagi bandar di selatan Somalia.

Jurucakap tentera Kenya mengesahkan serangan di Jilib tetapi menegaskan ia hanya membunuh anggota kumpulan militan itu.

Tentera Kenya memasuki Somalia pada Oktober lalu susulan kebimbangan perang saudara selama 21 tahun di negara jiran itu akan merentas sempadan. - AP






Read More
no image

0

Mutakhir




RAMADI: Sekurang-kurangnya lima anggota polis Iraq terbunuh selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di pos pemeriksaan di padang pasir di barat negara itu, berdekatan sempadan Syria dan Jordan, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

Menurut pegawai polis Ramadi, serangan itu berlaku sejurus tengah malam di kawasan kira-kira 500 kilometer ke barat Baghdad, iaitu di wilayah Anbar yang majoritinya penduduk sunnah.


“Lima anggota polis termasuk seorang leftenan terbunuh,” katanya.

Seorang penyerang turut terbunuh dalam pertempuran berkenaan manakala beberapa pemberontak lain meletupkan bom pada kabilah berhampiran untuk mengalih tumpuan sebagai taktik untuk melarikan diri. - AFP




Read More
no image

0
PUTRAJAYA, 16 Jan.- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kesatuan itu dilibatkan dalam pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi menyemak semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, penglibatan itu dirasakan amat perlu memandangkan NUTP mewakili sejumlah besar guru di seluruh negara.

"Kita juga telah pun mengumpulkan maklumat serta maklum balas yang diterima, untuk dikongsi dengan pasukan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan penubuhan pasukan petugas itu yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Pasukan itu akan dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan serta diberi tempoh dua bulan untuk menjalankan semakan semula SBPA.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing pula berkata, SBPA bukan semuanya tidak baik, cuma ada beberapa aspek dirasakan perlu diperbaiki.

Katanya NUTP akan terus memberikan penerangan kepada warga guru dengan menjemput wakil daripada Kementerian Pelajaran untuk memberikan penjelasan kerana ada beberapa perkara dalam pekeliling SBPA terlalu teknikal dan sukar difahami.

"Kita hendak mengelakkan guru keliru seterusnya terpengaruh dengan kenyataan dalam blog yang bermacam-macam," katanya. - BERNAMA

Read More
no image

0
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang lebih menarik bagi pelancong tempatan dan asing.

Perdana Menteri memberi contoh, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Pelancongan bagi Langkawi yang dilancarkan Disember lalu, ia bertujuan menjadikan pulau itu sebagai destinasi popular setanding dengan Pulau Seychelles, Mauritius dan Bali.

Pelan itu jelasnya, dijangka dapat mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan dan menjana pendapatan sehingga RM3.8 bilion di pulau berkenaan dengan jangkaan kehadiran tiga juta pelancong menjelang 2015.

"Perkara-perkara yang menjadi kebiasaan bagi kita seperti minum teh tarik di kedai mamak, membeli-belah di pasar malam serta menikmati buah-buahan tempatan seperti durian dan langsat menjadi tarikan bagi pelancong dan rakyat asing.

"Saya dapati perkara inilah yang dirindui oleh rakyat Malaysia di perantauan apabila saya ke luar negara dan berinteraksi dengan mereka. Bagi kita yang tinggal di negara ini hampir seumur hidup, ia satu rahmat kerana semuanya begitu mudah untuk kita perolehi sepanjang masa.

"Mungkin atas kesedaran ini atau mungkin disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup, rakyat Malaysia kini cenderung memilih destinasi percutian tempatan khususnya, keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM1,001 hingga RM3,000 sebulan yang merangkumi kumpulan pelancong tempatan teramai," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru bertajuk 'Khazanah Istimewa Malaysia' di blognya, http://www.1malaysia.com.my.

Kata Najib, rakyat seharusnya menghargai persekitaran serta khazanah negara termasuk budaya yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara istimewa.

Dalam perkembangan sama, beliau gembira dengan pengiktirafan Melaka sebagai salah satu tempat yang 'mesti dilawat' pada tahun ini oleh The New York Times.

"Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan kepelbagaian jenis makanan, tidak dinafikan Melaka layak diberikan pujian sebegitu.

"Ada kalanya perspektif rakyat asing seperti di atas (pengiktirafan) membantu untuk mengingatkan kita tentang unsur-unsur yang membentuk keunikan kita sebagai rakyat Malaysia," tambahnya.

Read More
no image

0

NAJIB Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkatkan (EOR) di luar pesisir terbesar dunia berjumlah AS$12 bilion bagi tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia di Putrajaya, semalam. Petronas diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsul Azhar Abbas (kiri) sementara Shell diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell, Peter Voser (kanan). – BERNAMA


PUTRAJAYA, 16 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkat (EOR) di luar pesisir terbesar di dunia berjumlah AS$12 bilion dalam tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia.

Di bawah projek kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi dua projek luar pesisir EOR di Sarawak dan Sabah, kedua-dua syarikat minyak itu akan membangunkan sembilan lapangan minyak di Delta Baram dan empat lapangan minyak di kawasan pembangunan Utara Sabah menggunakan EOR atau lain-lain teknologi berkaitan yang sesuai.

Najib berkata, projek itu dijangka menyaksikan beberapa faedah utama kepentingan negara termasuk dalam membina keupayaan tempatan dalam bidang teknologi khusus serta meningkatkan faktor penemuan purata di Delta Baram dan lapangan Utara Sabah daripada kira-kira 36 peratus kepada 50 peratus.

“Jika direalisasikan, teknologi itu juga akan dapat memanjangkan hayat lapangan untuk melepasi 2040,” kata beliau dalam ucapannya selepas majlis pemeteraian berkenaan.

Petronas Carigali (pengendali) mempunyai kepentingan 60 peratus dalam Baram Delta EOR PSC manakala Shell Malaysia, melalui Sarawak Shell, memegang baki 40 peratus.

Rakan kongsi memiliki kepentingan sama rata 50:50 di Utara Sabah EOR PSC, yang akan dikendalikan oleh Shell Malaysia, melalui Shell Sabah Selatan, dan komitmen kewangan mereka bagi kedua-dua projek EOR akan berjumlah AS$12 bilion dalam tempoh 30 tahun mulai Januari 2011.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertonas, Datuk Shamsul Azhar Abbas menandatangani bagi pihak Petronas, manakala Shell diwakili oleh CEOnya, Peter Voser, manakala Petronas Carigali oleh Presidennya, Datuk Abdullah Karim.

Najib berkata, peningkatan dalam kecekapan pemulihan lapangan minyak dijangka memberi kesan positif kepada rizab minyak Malaysia dan akan memberi manfaat kepada negara secara keseluruhannya.

“Di samping itu, saya telah diberitahu bahawa jika berjaya, teknologi yang digunakan di lapangan Utara Sabah berpotensi membawa kepada projek EOR Polimer Surfaktan Alkali (ASP) luar pesisir pertama dunia menggunakan telaga mendatar,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited ke arah merealisasikan agenda negara seperti yang dinyatakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, minyak, gas dan tenaga (OGE) adalah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk memacu transformasi negara dalam merealisasikan matlamatnya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti usaha mencergaskan semula lapangan sedia ada melalui EOR sebagai salah satu daripada 19 Projek Permulaan (EPP) untuk menyediakan bekalan tambahan untuk tenaga Malaysia dan keperluan industri serta menggalakkan pertumbuhan teratur sektor minyak dan gas.

Projek-projek EOR dijangka memperoleh lebih daripada 750 juta tong minyak daripada kedua-dua kawasan PSC yang menggunakan teknologi terkini.

Sementara itu, Shamsul dalam ucapannya berkata, Delta Baram dan Utara Sabah terletak dalam beberapa kelompok lapangan minyak terbesar di Malaysia dengan terdapat minyak masing-masing sebanyak 4.6 bilion tong dan 1.6 bilion tong.

“Setakat ini, kita telah menemui kira-kira 1.7 bilion stok tong melalui teknik-teknik pemulihan yang utama dan sekunder.

“Dengan pengenalan EOR, kami yakin dapat mengeluarkan sejumlah besar baki hidrokarbon. Ini akan membolehkan kami bukan sahaja untuk merealisasikan nilai tambahan daripada lapangan ini tetapi juga menyumbang kepada kemampanan pengeluaran minyak negara,” kata beliau. – BERNAMA

Read More
no image

0

SEBAHAGIAN daripada berpuluh-puluh wartawan yang hadir pada sidang akhbar oleh Datuk Dr. Hasan Ali di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FATAH SULAIMAN



  • Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

  • Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

  • Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

  • Pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam, Hasan turut mendedahkan mengenai ancaman golongan parasit dalam Pas.
Read More
no image

0

Britain selar penempatan Israel di Palestin


17/01/2012 4:08am


LONDON 17 Jan. – Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg semalam menyelar pembinaan penempatan di Israel dengan menyifatkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan' ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan lawatan Eropahnya.


Berucap selepas perbincangan bersama Abbas di London, Clegg menjelaskan pembinaan perumahan haram secara berterusan di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis menyebabkan 'kerosakan' kepada usaha rundingan damai kedua-dua negara tersebut.


“Ia boleh disifatkan sebagai 'kerosakan yang disengajakan' dan sekali gus menggangu rundingan damai yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu,” katanya. – AFP


Read More
no image

0

Lelaki mengaku jual arak beracun


17/01/2012 4:08am


KOLKATA 17 Jan. – Seorang lelaki yang dituduh membuat arak beracun yang meragut lebih 170 nyawa menyerah diri kepada polis semalam selepas diburu pihak berkuasa selama sebulan.


Khonra Badshah didakwa membuat dan menjual arak yang mengandungi bahan kimia metanol kepada penduduk kampung di Bengal Barat berhampiran sempadan Bangladesh pada Disember tahun lalu.


“Noor Islam Fakir atau Khonra Badshah menyerah diri kepada pihak berkuasa hari ini,” kata Ketua Pengarah Polis Bengal Barat, Surojit Kar Purokayastha. – AFP


Read More
no image

0

24 maut apartment runtuh di Beirut


17/01/2012 4:08am


BEIRUT 17 Jan. – Sekurang-kurangnya 24 maut apabila sebuah apartment lima tingkat tiba-tiba runtuh di sini, petang kelmarin.


Ketua operasi menyelamat Palang Merah, George Kattaneh berkata, 10 warga Lebanon dan 14 warga asing terbunuh ketika bangunan tersebut runtuh dipercayai akibat hujan lebat selama beberapa hari.


Manakala 12 lagi dilaporkan cedera. – AFP


Read More
no image

0

Agenda memupuk keamanan berasaskan kesederhanaan


17/01/2012 4:28pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucap utama pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Sedunia (ICGMM), satu agenda bagi memupuk keamanan berasaskan kesederhanaan yang beliau sering bangkitkan di peringkat negara mahupun antarabangsa.


Perdana Menteri mencetuskan idea bagi pergerakan seumpama itu dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2010 apabila beliau menyeru pemimpin-pemimpin dunia supaya bergerak ke arah mewujudkan “Pergerakan Moderat Global” melibatkan semua agama bagi memupuk keamanan dan pragtisme dan menolak kegiatan pelampau.


Persidangan tiga hari itu mengumpulkan 50 penceramah serta 350 peserta dari 70 negara.


Ia dianjurkan oleh alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bertemakan keamanan sejagat.


Dalam kata-kata aluan beliau dalam buku cendera hati persidangan itu, Najib berkata, masanya sudah tiba bagi golongan berpendirian sederhana dari semua negara dan semua agama mengambil langkah agar suara mereka didengar.


Katanya, persidangan itu bertujuan menyediakan satu platform bagi semua pihak belajar antara satu sama lain dan memupuk persefahaman ketika dunia menghadapi pelbagai ketidaktentuan.


"Sejarah membuktikan bahawa tamadun yang hebat perlu berdepan dengan perjuangan yang hebat juga.


"Namun, pada zaman ketika kita melalui kemajuan material, walaupun konflik dan pertembungan berlaku, ruang bagi mengadakan dialog dan sama-sama menikmati keamanan adalah lebih luas.


"Maka, penting bagi kita untuk menyerap satu visi untuk saling mempercayai berlandaskan perbahasan berhemah dan aspirasi,” kata Perdana Menteri. — BERNAMA


Read More
no image

0

Ketua kongsi gelap mati ketika berbalas tembak dengan polis


17/01/2012 11:35am


GEORGE TOWN 17 Jan. - Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II Zahruddin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu.


Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya.


Beliau berkata, polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.


"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis,” katanya kepada pemberita di sini.


Zahruddin berkata, berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. — BERNAMA


Read More
no image

0

Najib umum penubuhan Institut Wasatiyah


17/01/2012 1:06pm


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyah yang akan beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Turut diumumkan penubuhan Kerusi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta penubuhan Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.


Ketiga-tiga inisiatif terbaru itu kata Perdana Menteri, ditubuhkan ke arah mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan seterusnya menentang amalan ekstremis.


Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini hari ini. - UTUSAN


Read More
no image

0

Tubuh Jawatankuasa Penerangan Bahagian BN - Ahmad Maslan


17/01/2012 12:51pm


IPOH 17 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) peringkat bahagian diminta menubuhkan jawatankuasa penerangan bagi mempertingkatkan aktiviti memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung pelbagai isu berbangkit.


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, program sedemikian mesti berjalan pada kelajuan penuh dengan menggunakan pendekatan secara bersemuka dan juga media.


Program penerangan di setiap bahagian mesti dijalankan secara agresif memandangkan semua orang berasakan pilihan raya umum semakin dekat, katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.


Ahmad yang ditemui selepas merasmikan majlis empat peringkat penerangan BN, berkata, kejayaan BN pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada beberapa perkara termasuk barisan kepimpinan yang kuat bekerja, mempunyai rekod baik selain dasar kerajaan yang diterima rakyat.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak menafikan pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya turut mempunyai kesan.


Namun katanya, itu bukan penentu sebenar prestasi BN pada pilihan raya akan datang kerana rakyat bijak menilai. — BERNAMA


Read More
no image

0

Parlimen Pokok Sena mula agih BR1M


17/01/2012 12:58pm


ALOR SETAR 17 Jan. - Parlimen Pokok Sena hari ini memulakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan 854 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga menjadi kumpulan penerima pertama.


Penyelaras Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang menyampaikan sendiri bantuan itu berkata, agihan seterusnya ialah untuk penerima di DUN Bukit Lada.


Untuk DUN Bukit Lada agihan BR1M dijadual pada 25 Januari diikuti DUN Bukit Pinang pada keesokannya, kata Ahmad ketika ditemui pemberita selepas itu.


Beliau berkata, bantuan sebanyak RM500 untuk golongan berpendapatan rendah itu adalah antara pelbagai bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji.


"Malaysia bukanlah negara yang terlalu kaya sebagaimana negara-negara maju tetapi kerajaan BN masih mampu melaksanakan banyak program kebajikan untuk rakyat,” katanya. — BERNAMA


Read More
no image

0

TPM nafi BR1M bermotif politik pilihan raya


17/01/2012 1:11pm


SEMPORNA 17 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.


Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.


"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Muhyiddin berkata, program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan program turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.


Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.


Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.


"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.


"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol.


Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.


"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.


"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat,” katanya.


Muhyiddin berkata, Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negara ini.


Katanya, Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.


"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus,” katanya.


Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.


Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. — BERNAMA


Read More
no image

0

Malaysia jadi tumpuan pameran di Jerman


17/01/2012 1:14pm


STUTTGART (Jerman) 17 Jan. - Malaysia, yang mempamerkan dirinya sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik, menjadi tumpuan sebagai ”negara rakan kongsi” pada Pameran Pelancongan Pengguna CMT yang sedang berlansung di Stuttgart, dari 14 hingga 22 Januari.


Semasa majlis perasmian pada Sabtu, pavilion Malaysia dikunjungi Datuk bandar Stuttgart; diiringi Pengerusi Messe Stuttgart, penganjur pameran itu; dan pegawai tinggi Jerman yang lain.


Duta Malaysia ke Jerman Datuk Ibrahim Abdullah, datang dari Berlin ke Stuttgart untuk memberi sokongan kepada pertunjukan Malaysia.


Delegasi Malaysia diketuai Datin Normasilah Musa, pengarah serantau untuk pasaran antarabangsa di Tourism Malaysia, manakala pengarah pejabat Tourism Malaysia di Frankfurt Syed Yahya Syed Othman, merupakan orang penting bagi pertunjukan Malaysia.


Di sebalik krisis ekonomi di Eropah, yang membawa kepada kejatuhan nilai Euro yang menyebabkan pelancong Eropah berjimat, Malaysia masih boleh mencatat 1,147,992 pengunjung dari benua itu pada 2010.


Aliran pelancong dari Jerman ke Malaysia mencatat pertumbuhan dua peratus, dengan 130,896 ketibaan pada 2010. Ketibaan pelancong Jerman dalam tempoh Januari hingga Jun 2011 bagaimanapun merosot kepada 60,347 orang, turun 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya yang mencatat 63,778 ketibaan pelancong Jerman.


Kepentingan sektor pelancongan untuk ekonomi Malaysia boleh diukur daripada hakikat bahawa sektor itu menghasilkan pendapatan kira-kira RM56.5 bilion pada 2010.


Yang pasti, pelancongan muncul sebagai sumber kedua terbesar bagi pendapatan pertukaran mata wang asing selepas eksport perkilangan.


Dalam menekankan hakikat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan, Ibrahim mengutarakan mengenai “kekayaan budaya dan pelbagai kaum” sebagai kebanggaan Malaysia.


Kuala Lumpur, katanya, baru-baru ini dipilih sebagai destinasi terkemuka Asia 2011 pada Anugerah Pelancongan Dunia. — BERNAMA


Read More
no image

0

Anggota JPAM bantu Ops Sikap ke-25


17/01/2012 1:58pm


PUTRAJAYA 17 Jan. - Lebih 1,000 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negara ditugaskan dalam ”Ops Bantu 4” bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Sikap ke-25 sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan berkata ”Ops Bantu 4” dilancarkan bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa kemalangan dan mereka yang mengalami kerosakan kenderaan di jalan raya sepanjang Ops Sikap Ke-25 yang bermula semalam sehingga 30 Jan.


Sebanyak 105 buah ambulans, 69 buah kenderaan pacuan empat roda dan 50 buah motosikal digerakkan semasa ”Ops Bantu 4”, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Anggota “Ops Bantu 4” akan bertugas dam melakukan rondaan di 77 laluan di jalan-jalan persekutuan dan negeri, katanya.


"Sekiranya pengguna jalan raya menghadapi masalah ketika di jalan raya mereka hanya perlu hubungi talian 999 atau mana-mana pejabat JPAM yang terdekat untuk mendapatkan bantuan, katanya. — BERNAMA


Read More
no image

0

Sekolah memandu jadi stor ganja


17/01/2012 3:35pm


Oleh AZIAN AZIZ


SHAH ALAM 17 Jan. – Kegiatan seorang guru sebuah sekolah memandu yang menggunakan premis tempatnya bertugas sebagai stor simpanan 153.9 kilogram ganja bernilai RM1.7 juta terbongkar apabila polis menyerbu sekolah tersebut yang terletak di tepi Lebuh Raya Karak Gombak dekat sini kelmarin.


Serbuan pukul 4.30 pagi itu dibuat kira-kira dua jam selepas guru lelaki berusia 30 tahun itu diberkas bersama 1.9 kilogram ganja di kawasan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Gombak dekat sini kelmarin.


Semasa serbuan di sekolah memandu, polis turut memberkas seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang masing-masing berusia 38 tahun dan 33 tahun bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua yang ditahan dipercayai terlibat dengan satu sindiket pengedaran ganja di sekitar Lembah Klang yang telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu. – UTUSAN


Read More
no image

0

Tiket percuma konsert Avril Lavigne


17/01/2012 3:43pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Suruhanjaya Tinggi Kanada dengan kerjasama JS Concert Productions, memberi dua keping tiket percuma menonton konsert ”Black Star Tour” persembahan artis antarabangsa Kanada, Avril Lavigne di Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.


Setiausaha Kedua Bahagian Politik, Ekonomi dan Ehwal Awam suruhanjaya itu, Stuart Shaw berkata, permohonan boleh dibuat dengan menekan butang ”like” di http://www.facebook.com/CanadaMalaysia dan nyatakan apakah lagu Lavigne yang menjadi kegemaran anda untuk peluang memenangi tiket itu.


Jawapan yang betul akan dimasukkan ke dalam peti cabutan bertuah untuk menentukan pemenangnya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Peraduan itu akan berakhir pada tengah hari 15 Februari ini dan pemenang akan dihubungi menerusi facebook, kata Shaw.


Lavigne, seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik dari Napanee, Ontario, telah berjaya menempatkan single hitnya di peringkat antarabangsa seperti: ”Complicated”, ”Sk8er Boi”, ”I”m With You”, dan ”Losing Grip” dari 2002 6X platinum ”Let Go” diikuti dengan ”Girlfriend”, ”When You’re Gone”, dan ”Hot” dari platinum ”The Best Damn Thing” pada 2007.


Album keempatnya ”Goodbye Lullaby” dipasarkan pada Mac tahun lepas.


Lavigne juga telah melancarkan karier keduanya sebagai seorang usahawan dengan mencipta dan melancarkan jenama fesyen dan gaya hidup ”Abbey Dawn” juga pewangi, ”Black Star” dan ”Forbidden Rose”. — BERNAMA


Read More
no image

0

BSN mulakan Program Penggantian Perbankan Teras


17/01/2012 3:47pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan Program Penggantian Perbankan Teras yang menelan kos RM100 juta.


Ia telah memilih HeiTech Padu Bhd dan rakan kongsinya, BML Istirehat dan Juris Technologies, untuk melaksanakan sistem Perbankan Teras serta Pengasalan dan Pungutan Pinjaman bagi kedua-dua produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam.


Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Manin berkata, program yang akan berlangsung selama 24 bulan itu dijangka mengurangkan kos kendalian.


"Kami amat sedar bahawa penggantian sistem perbankan teras, sebagai sebahagian daripada transformasi perniagaan kami, bukanlah tugas kecil.


"Bagaimanapun, kami mengakui faedah-faedah yang bakal diraih, termasuk peningkatan pertumbuhan pendapatan disebabkan oleh perbezaan pelaksanaan yang lebih ketara, jualan silang, pengekalan pelanggan bernilai tinggi, kualiti kredit yang lebih baik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian dengan HeiTech Padu di sini hari ini.


Beliau berkata, perubahan sistem perbankan BSN ini akan secara langsung mengubah model perniagaannya, dan cara bank itu menjalankan perniagaannya serta meningkatkan daya saing, kecekapan kendalian dan pematuhan kawal selianya.


Dengan sistem yang bermodul, berskala dan amat anjal ini, Adinan menjangkakan program itu dapat memberikan kelonggaran bagi bank itu mencipta inovasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dinamik. — BERNAMA


Read More
no image

0

Keputusan peminjam saman PTPTN, 13 Februari


17/01/2012 4:00pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Mahkamah Sesyen menetapkan 13 Februari untuk membuat keputusan mengenai permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman seorang peminjam pinjaman tabung itu.


Hakim Unaizah Mohd menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut disebut semula di sini hari ini.


Pada 20 September tahun lepas, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Registri Sivil Mahkamah Sesyen terhadap PTPTN kerana memfitnah dan menangkapnya secara salah berikutan beliau disenarai hitam untuk dakwaan gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannya.


Peguam beliau Abdul Malik Hakim memberitahu pemberita bahawa PTPTN telah memfailkan untuk membatalkan permohonan itu atas alasan bahawa tindakan itu yang dikemukakan oleh plaintif (Mandeep) berkaitan isu-isu perlembagaan di mana Mahkamah Tinggi hendaklah memutuskan mengenai perkara berkenaan.


Beliau berkata, PTPTN juga menyatakan bahawa mengikut Seksyen 22 Akta PTPTN, mereka berhak melarang penuntut yang gagal membuat pembayaran daripada meninggalkan negara.


Dalam kenyataan tuntutan, Mandeep, 27, memohon RM19,000 bagi kemudaratan khas untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan bayaran lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Beliau berkata, mengikut perjanjian pinjaman pengajian bertarikh 9 November 2006, PTPTN bersetuju meminjamkan beliau RM48,000.


Mandeep mendakwa bahawa beliau ditahan oleh para pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang pada 6 Julai tahun lepas, ketika beliau hendak berlepas Guangzhao, China untuk bercuti.


Katanya, beliau dimaklumkan oleh para pegawai itu bahawa namanya telah disenarai hitamkan dalam pangkalan data Imigresen.


Bagaimanapun, beliau berkata, PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu sungguhpun beliau telah memaklumkannya kepada PTPTN untuk berbuat demikian.


Berikutan itu, beliau Mandeep mendakwa beliau dihina di khalayak ramai dan insiden itu mencemarkan reputasinya. — BERNAMA


Read More
no image

0

Proton kembali sertai Rali Dunia


17/01/2012 4:04pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Proton akan kembali semula ke Kejohanan Rali Dunia (WRC) dengan pemandu Giandomenico Basso dan Per Gunnar Andersson mengetuai cabaran pasukan negara itu pada pusingan pertama FIA Super WRC (S-WRC) 2012 di Rali Monte Carlo, Rabu ini.


Penyertaan Proton pada siri S-WRC adalah selepas 10 tahun selepas kali pertama memenangi gelaran FIA Production Car pada WRC 2002.


Tahun lepas, Proton muncul juara Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).


Tahun ini juga merupakan penyertaan kedua Proton pada Rali Monte Carlo selepas penampilan sulung pada Cabaran Rali Antara Benua (IRC) tahun lepas dengan laluan yang lebih singkat.


S-WRC merupakan siri panduan kepada WRC dan perlumbaan dijalankan pada peringkat khas yang sama dengan kereta yang dihasilkan oleh pengilang mematuhi peraturan S2000 daripada FIA S-WRC yang diperkenalkan pada 2010.


S-WRC juga dibahagian kepada Kejohanan WRC-Produksi (P-WRC) yang sebelum ini terbuka kepada kereta Super 2000 dan Kumpulan N4 dalam dua pertandingan berasingan.


"Kami sudah lama menceburi diri dalam program rali S2000 sejak ia dimulakan pada 2009 dan menjadi sebahagian daripada siri S-WRC dan WRC sudah pasti mendatangkan kepuasan dalam mengharungi perjalanan yang mencabar dan berjaya bagi Proton di arena rali antarabangsa,” kata ketua Proton Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood dalam kenyataan di sini hari ini.


"Berdasarkan pencapaian kenderaan pada APRC tahun lepas dan hasil ujian sepanjang cuti musim sejuk, kami mengharapkan musim S-WRC 2012 yang mencabar dan kompetitif,” katanya.


Proton akan menyertai lima daripada tujuh pusingan S-WRC tahun ini.


Rali Monte Carlo akan dijalankan menerusi 18 peringkat khas sejauh 430 kilometer dalam suasana sejuk serendah lima darjah Celsius. — BERNAMA


Read More
no image

0

Tahun Baru Cina: 1.4 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS


17/01/2012 4:08pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan, Plus Malaysia Sdn Bhd (PLUS), menganggarkan 1.4 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya sepanjang sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.


Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, angka itu adalah peningkatan kira—kira 30 peratus berbanding hari biasa iaitu 1.1 juta.


"Peningkatan sebanyak 30 peratus jumlah kenderaan ini akan bermula daripada Jumaat ini hingga 22 Jan juga pada 24 hingga 29 Jan iaitu sebelum dan selepas Tahun Baru Cina,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan syarikat itu menerusi Nasihat Waktu Perjalanan (TTA) yang dilancarkan hari ini bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan.


Berdasarkan jadual TTA yang disediakan, bermula Jumaat ini pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke utara Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, serta Johor Baharu melalui Skudai, Senai Utara, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak disaran memulakan perjalanan sebelum 12 tengah hari.


Pengguna yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Ayer Keroh pula boleh memulakan perjalanan mereka di antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.


Bagi yang menghala ke Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng serta Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat dicadangkan memulakan perjalanan di antara pukul 3 petang hingga 6 petang.


Bagi pengguna yang menghala ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River dan Tanjung Malim serta Senawang, Port Dickson dan Seremban digalak menggunakan lebuh raya selepas pukul 6 petang.


Noorizah berkata, bagi perjalanan melalui Tambak Johor dan Linkedua, PLUS menyarankan perjalanan mengikut nombor pendaftaran kenderaan, iaitu bagi yang berakhir dengan nombor ganjil mereka memulakan perjalanan waktu ganjil iaitu 9 pagi, 1 petang dan 7 malam.


Bagi yang melalui Jambatan Pulau Pinang, untuk kenderaan bernombor pendaftaran yang berakhir dengan nombor genap boleh memulakan perjalanan di antara pukul 10 pagi, 2 petang dan 8 malam.


Untuk perjalanan pulang menuju ke Lembah Klang pada 24 hingga 29 Januari, pengguna dari utara dan selatan dicadang memulakan perjalanan sebelum 12 tengah hari atau selepas 6 petang, manakala bagi perjalanan lain yang tidak melalui Lembah Klang boleh memulakan perjalanan antara 12 tengah hari hingga 6 petang.


"Bagi semua perjalanan yang melalui Tambak Johor dan Linkedua serta perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang perlu mengikut jadual perjalanan pulang seperti jadual perjalanan pergi mereka iaitu berdasarkan nombor akhir bagi nombor pendaftaran kenderaan mereka,” katanya. — BERNAMA


Read More
no image

0

Limau Mandarin cukup untuk Tahun Baru Cina


17/01/2012 4:16pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Limpahan limau mandarin di pasaran sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Isnin dan Selasa ini, bukan saja memastikan bekalan mencukupi tetapi juga menawarkan harga yang berpatutan.


Keadaan itu menguntungkan pengguna yang berpeluang memilih, namun bagi peniaga, mereka bukan saja terpaksa bersaing dengan gerai di tepi jalan yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, tetapi juga dengan pasar raya.


"Pasaran agak perlahan pada masa ini ekoran orang ramai telah berbelanja pada awal tahun bagi persiapan persekolahan anak-anak.


"Saya harap pada minggu ini tempahan akan diterima. Stok bekalan sudah sampai dan buah pun sangat segar dan berkualiti,” kata Pengerusi Syarikat KL Fruits Sdn Bhd, Wong Wai Heng kepada Bernama, di sini.


Syarikatnya yang merupakan pemborong, pembekal dan pengeluar buah-buahan tempatan dan import menawarkan limau mandarin dengan harga borong antara RM28 hingga RM30 sekotak bergantung kepada saiz dan gred limau.


Ah Heng yang mengendalikan Kedai Buah-buahan Ka Ka, pula berkata persaingan dengan pasar raya memberi cabaran hebat kepada peniaga kecil sepertinya.


"Setakat ini saya hanya mampu menjual 10 kotak sahaja namun begitu saya yakin jualan ini akan meningkat pada saat-saat akhir sambutan Tahun Baru Cina,” katanya Beliau menjual limau mandarin gred A dengan harga RM27 bagi lapan kilogram di kedainya yang terletak di Kampung Sri Puchong di sini. Pemilik kedai buah-buahan Fruits Garden Klang Valley, Najib Raja Erman pula berkata, beliau menerima banyak tempahan limau mandarin sejak Disember lepas.


"Memang pada tiap-tiap tahun permintaan pelanggan tinggi. Harga limau mandarin dijual mengikut gred.


"Buah yang tinggi kualitinya adalah gred A, dijual dengan harga RM5 sekilogram dan RM27 bagi satu kotak, buah ini manis dan jika pelanggan tempah banyak harga akan turun lagi,” katanya.


Beliau berkata, paling murah ialah gred C iaitu RM4 sekilogram dan paling banyak mendapat sambutan.


Najib berkata, pelanggan boleh membuat tempahan menerusi laman sosial Facebook Fruits Garden Klang Valley atau terus ke kedainya di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini.


Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasar Chow Kit mendapati rata-rata gerai menjual limau mandarin menjadi tumpuan pelanggan yang mahu mendapatkan buah tersebut pada harga berpatutan.


Seorang peniaga, Tukul Ariwana, 25, berkata beliau menjual pada harga RM4 sekilogram dan harga sebakul pula ialah RM60 yang akan diturunkan lagi jika pelanggan membeli dengan kuantiti banyak.


Tinjauan di dua pasar raya terkemuka di sekitar ibu kota pula mendapati buah itu ditawarkan pada harga RM18 sekotak yang mengandungi antara 24 dan 30 biji sekotak. — BERNAMA


Read More
no image

0

MAIS tubuh jawatankuasa tetap tangani isu murtad


17/01/2012 4:19pm


SHAH ALAM 17 Jan. - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan bagi memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri ini.


Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jawatankuasa berkenaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di negeri ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.


"Dalam mesyuarat MAIS hari ini kita telah putuskan untuk tubuhkan jawatankuasa tetap berkenaan untuk menyelia segala aduan berkaitan kes murtad dan ajaran sesat yang boleh memesong akidah umat Islam di Selangor.


"Jawatankuasa ini diletakkan di bawah MAIS dan akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya selepas mengumumkan prestasi kutipan dan agihan zakat di Selangor bagi tahun 2011 di sini hari ini. — BERNAMA


Read More
no image

0

Terengganu lega FAM keluar lesen pemain importnya


17/01/2012 4:21pm


KUALA TERENGGANU 17 Jan. - Terengganu menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan dua pemain importnya Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil beraksi dalam Liga Super.


Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, lesen kedua-dua pemain berkenaan telah dikeluarkan FAM yang dihantar kepada PBSNT petang semalam.


"Kedua-dua pemain berkenaan telah lulus semua pemeriksaan kesihatan yang disyaratkan FAM kepada pemain import sebelum dikeluarkan lesen kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kehebatan mereka kali pertama akan diuji dalam perlawanan Terengganu menentang Sarawak di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam ini.


Terengganu yang juga juara Piala FA 2011 setakat ini mengutip tiga mata hasil kemenangan 3-0 menentang pasukan Felda United baru-baru ini dan kalah kepada Perak 1-0 di Ipoh sebelum ini.


Pasukan dari pantai timur itu turun tanpa pemain import dalam kedua-dua perlawanan itu. — BERNAMA


Read More
no image

0

Wanita didakwa 61 tuduhan pecah amanah


17/01/2012 4:31pm


SHAH ALAM 17 Jan. - Seorang bekas eksekutif akaun wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 61 pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah RM258,000.


Goh Siew Ha, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.


Tertuduh yang telah diamanahkan untuk menguruskan akaun Syarikat T & G Eastern Holding Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah ke atas 61 keping cek Alliance Bank berjumlah RM258,000 milik syarikat itu.


Siew Ha didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di premis syarikat di No: 22A-1, Jalan USJ 21/3, Subang Jaya dekat sini, antara 27 April 2009 dan 1 Feb tahun lepas.


Bagi kesemua kesalahan itu, wanita terbabit didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Tonie membantah jaminan diberikan kepada Siew Ha memandangkan tuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kecuali dengan budi bicara mahkamah.


Beliau berkata, sekiranya mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin, pihaknya mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000.


Peguam K.A.Ramu yang mewakili Siew Ha bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM20,000 kerana Siew Ha dan suaminya yang berusia 61 tahun tidak bekerja.


Aslam kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM35,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes.


Beliau turut memerintahkan agar pasport antarabangsa Siew Ha diserah kepada mahkamah. — BERNAMA


Read More
no image

0

DRB-Hicom sedia model perniagaan boleh dilaksanakan bagi Proton


17/01/2012 4:36pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - DRB-Hicom yang mengambil alih 42.7 peratus ekuiti Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings Bhd menyasar untuk merealisasikan model kerja boleh dilaksanakan bagi pengeluar kereta nasional itu, dengan penekanan khusus bagi pengeluaran kereta elektrik dan hibrid.


Pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan dan penambahbaikan produk akan menjadi agenda utama yang digariskan oleh syarikat itu bagi Proton.


"Ketika teknologi automotif berkembang secara beransur-ansur, teknologi hijau memperoleh momentum serta mendapat sokongan daripada pengguna yang peka kepada alam sekitar. Justeru itu, kenderaan hibrid dan elektrik akan menjadi satu daripada tumpuan utama.


"Proton akan terus berusaha untuk menyediakan kepada keperluan, cita rasa, aliran gaya hidup pengguna sejajar dengan aliran pasaran automotif global,” katanya.


Mohd Khamil berkata, selain kerjasama DRB-Hicom dan Proton untuk meningkatkan prestasi dan mempelbagaikan penawaran produk, penting juga bagi pengeluar kereta nasional itu mengembangkan keupayaan serta meningkatkan tenaga kerjanya. "Disinilah di mana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM), yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, boleh menyediakan satu daripada sinergi terbaik dan kemungkinan kunci utama kepada kecekapan teras syarikat untuk merungkai masa depan bagi Proton. ICAM, yang merupakan satu-satunya pusat pendidikan tempatan menawarkan kursus automotif, juga boleh berbangga dengan pendekatan pengajaran holistik uniknya di mana tenaga pengajar adalah daripada profesional industri.


Mohd Khamil berkata, ketika kerajaan meneruskan usahanya untuk mengembangkan industri automotif negara, Dasar Automotif Negara juga seharusnya boleh menggalakkan peserta global untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.


"DRB-Hicom akan mengekalkan hasrat dan minatnya untuk melindungi syarikat kereta nasional manakala pada masa yang sama menggalakkan, memudahkan, mengembang dan meningkatkan industri automotif nasional Malaysia, yang dengan itu menjadikan Malaysia hab automotif pilihan yang berupaya menyaingi jiran-jiranya,” katanya. — BERNAMA


Read More
no image

0

NUTP mahu dilibatkan dalam semakan semula SBPA


PUTRAJAYA, 16 Jan.- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kesatuan itu dilibatkan dalam pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi menyemak semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, penglibatan itu dirasakan amat perlu memandangkan NUTP mewakili sejumlah besar guru di seluruh negara.


"Kita juga telah pun mengumpulkan maklumat serta maklum balas yang diterima, untuk dikongsi dengan pasukan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Jumaat lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan penubuhan pasukan petugas itu yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.


Pasukan itu akan dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan serta diberi tempoh dua bulan untuk menjalankan semakan semula SBPA.


Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing pula berkata, SBPA bukan semuanya tidak baik, cuma ada beberapa aspek dirasakan perlu diperbaiki.


Katanya NUTP akan terus memberikan penerangan kepada warga guru dengan menjemput wakil daripada Kementerian Pelajaran untuk memberikan penjelasan kerana ada beberapa perkara dalam pekeliling SBPA terlalu teknikal dan sukar difahami.


"Kita hendak mengelakkan guru keliru seterusnya terpengaruh dengan kenyataan dalam blog yang bermacam-macam," katanya. - BERNAMA


Read More
no image

0

Malaysia destinasi percutian pelancong


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang lebih menarik bagi pelancong tempatan dan asing.


Perdana Menteri memberi contoh, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Pelancongan bagi Langkawi yang dilancarkan Disember lalu, ia bertujuan menjadikan pulau itu sebagai destinasi popular setanding dengan Pulau Seychelles, Mauritius dan Bali.


Pelan itu jelasnya, dijangka dapat mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan dan menjana pendapatan sehingga RM3.8 bilion di pulau berkenaan dengan jangkaan kehadiran tiga juta pelancong menjelang 2015.


"Perkara-perkara yang menjadi kebiasaan bagi kita seperti minum teh tarik di kedai mamak, membeli-belah di pasar malam serta menikmati buah-buahan tempatan seperti durian dan langsat menjadi tarikan bagi pelancong dan rakyat asing.


"Saya dapati perkara inilah yang dirindui oleh rakyat Malaysia di perantauan apabila saya ke luar negara dan berinteraksi dengan mereka. Bagi kita yang tinggal di negara ini hampir seumur hidup, ia satu rahmat kerana semuanya begitu mudah untuk kita perolehi sepanjang masa.


"Mungkin atas kesedaran ini atau mungkin disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup, rakyat Malaysia kini cenderung memilih destinasi percutian tempatan khususnya, keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM1,001 hingga RM3,000 sebulan yang merangkumi kumpulan pelancong tempatan teramai," katanya.


Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru bertajuk 'Khazanah Istimewa Malaysia' di blognya, http://www.1malaysia.com.my.


Kata Najib, rakyat seharusnya menghargai persekitaran serta khazanah negara termasuk budaya yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara istimewa.


Dalam perkembangan sama, beliau gembira dengan pengiktirafan Melaka sebagai salah satu tempat yang 'mesti dilawat' pada tahun ini oleh The New York Times.


"Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan kepelbagaian jenis makanan, tidak dinafikan Melaka layak diberikan pujian sebegitu.


"Ada kalanya perspektif rakyat asing seperti di atas (pengiktirafan) membantu untuk mengingatkan kita tentang unsur-unsur yang membentuk keunikan kita sebagai rakyat Malaysia," tambahnya.


Read More
no image

0

Najib saksi MoU projek AS$12 bilion


NAJIB Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkatkan (EOR) di luar pesisir terbesar dunia berjumlah AS$12 bilion bagi tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia di Putrajaya, semalam. Petronas diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsul Azhar Abbas (kiri) sementara Shell diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell, Peter Voser (kanan). – BERNAMA



PUTRAJAYA, 16 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkat (EOR) di luar pesisir terbesar di dunia berjumlah AS$12 bilion dalam tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia.


Di bawah projek kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi dua projek luar pesisir EOR di Sarawak dan Sabah, kedua-dua syarikat minyak itu akan membangunkan sembilan lapangan minyak di Delta Baram dan empat lapangan minyak di kawasan pembangunan Utara Sabah menggunakan EOR atau lain-lain teknologi berkaitan yang sesuai.


Najib berkata, projek itu dijangka menyaksikan beberapa faedah utama kepentingan negara termasuk dalam membina keupayaan tempatan dalam bidang teknologi khusus serta meningkatkan faktor penemuan purata di Delta Baram dan lapangan Utara Sabah daripada kira-kira 36 peratus kepada 50 peratus.


“Jika direalisasikan, teknologi itu juga akan dapat memanjangkan hayat lapangan untuk melepasi 2040,” kata beliau dalam ucapannya selepas majlis pemeteraian berkenaan.


Petronas Carigali (pengendali) mempunyai kepentingan 60 peratus dalam Baram Delta EOR PSC manakala Shell Malaysia, melalui Sarawak Shell, memegang baki 40 peratus.


Rakan kongsi memiliki kepentingan sama rata 50:50 di Utara Sabah EOR PSC, yang akan dikendalikan oleh Shell Malaysia, melalui Shell Sabah Selatan, dan komitmen kewangan mereka bagi kedua-dua projek EOR akan berjumlah AS$12 bilion dalam tempoh 30 tahun mulai Januari 2011.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertonas, Datuk Shamsul Azhar Abbas menandatangani bagi pihak Petronas, manakala Shell diwakili oleh CEOnya, Peter Voser, manakala Petronas Carigali oleh Presidennya, Datuk Abdullah Karim.


Najib berkata, peningkatan dalam kecekapan pemulihan lapangan minyak dijangka memberi kesan positif kepada rizab minyak Malaysia dan akan memberi manfaat kepada negara secara keseluruhannya.


“Di samping itu, saya telah diberitahu bahawa jika berjaya, teknologi yang digunakan di lapangan Utara Sabah berpotensi membawa kepada projek EOR Polimer Surfaktan Alkali (ASP) luar pesisir pertama dunia menggunakan telaga mendatar,” kata beliau.


Perdana Menteri berkata, kerajaan komited ke arah merealisasikan agenda negara seperti yang dinyatakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


Beliau berkata, sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, minyak, gas dan tenaga (OGE) adalah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk memacu transformasi negara dalam merealisasikan matlamatnya.


Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti usaha mencergaskan semula lapangan sedia ada melalui EOR sebagai salah satu daripada 19 Projek Permulaan (EPP) untuk menyediakan bekalan tambahan untuk tenaga Malaysia dan keperluan industri serta menggalakkan pertumbuhan teratur sektor minyak dan gas.


Projek-projek EOR dijangka memperoleh lebih daripada 750 juta tong minyak daripada kedua-dua kawasan PSC yang menggunakan teknologi terkini.


Sementara itu, Shamsul dalam ucapannya berkata, Delta Baram dan Utara Sabah terletak dalam beberapa kelompok lapangan minyak terbesar di Malaysia dengan terdapat minyak masing-masing sebanyak 4.6 bilion tong dan 1.6 bilion tong.


“Setakat ini, kita telah menemui kira-kira 1.7 bilion stok tong melalui teknik-teknik pemulihan yang utama dan sekunder.


“Dengan pengenalan EOR, kami yakin dapat mengeluarkan sejumlah besar baki hidrokarbon. Ini akan membolehkan kami bukan sahaja untuk merealisasikan nilai tambahan daripada lapangan ini tetapi juga menyumbang kepada kemampanan pengeluaran minyak negara,” kata beliau. – BERNAMA


Read More
no image

0

Tolak Anwar – Hasan


SEBAHAGIAN daripada berpuluh-puluh wartawan yang hadir pada sidang akhbar oleh Datuk Dr. Hasan Ali di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FATAH SULAIMAN




  • Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

  • Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

  • Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

  • Pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam, Hasan turut mendedahkan mengenai ancaman golongan parasit dalam Pas.

Read More
no image

0

Britain selar penempatan Israel di Palestin


17/01/2012 4:08am

LONDON 17 Jan. – Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg semalam menyelar pembinaan penempatan di Israel dengan menyifatkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan' ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan lawatan Eropahnya.

Berucap selepas perbincangan bersama Abbas di London, Clegg menjelaskan pembinaan perumahan haram secara berterusan di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis menyebabkan 'kerosakan' kepada usaha rundingan damai kedua-dua negara tersebut.

“Ia boleh disifatkan sebagai 'kerosakan yang disengajakan' dan sekali gus menggangu rundingan damai yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu,” katanya. – AFP

Read More
no image

0
KOLKATA 17 Jan. – Seorang lelaki yang dituduh membuat arak beracun yang meragut lebih 170 nyawa menyerah diri kepada polis semalam selepas diburu pihak berkuasa selama sebulan.

Khonra Badshah didakwa membuat dan menjual arak yang mengandungi bahan kimia metanol kepada penduduk kampung di Bengal Barat berhampiran sempadan Bangladesh pada Disember tahun lalu.

“Noor Islam Fakir atau Khonra Badshah menyerah diri kepada pihak berkuasa hari ini,” kata Ketua Pengarah Polis Bengal Barat, Surojit Kar Purokayastha. – AFP

Read More
no image

0

24 maut apartment runtuh di Beirut


17/01/2012 4:08am


BEIRUT 17 Jan. – Sekurang-kurangnya 24 maut apabila sebuah apartment lima tingkat tiba-tiba runtuh di sini, petang kelmarin.


Ketua operasi menyelamat Palang Merah, George Kattaneh berkata, 10 warga Lebanon dan 14 warga asing terbunuh ketika bangunan tersebut runtuh dipercayai akibat hujan lebat selama beberapa hari.


Manakala 12 lagi dilaporkan cedera. – AFP


Read More
no image

0

Agenda memupuk keamanan berasaskan kesederhanaan


17/01/2012 4:28pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucap utama pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Sedunia (ICGMM), satu agenda bagi memupuk keamanan berasaskan kesederhanaan yang beliau sering bangkitkan di peringkat negara mahupun antarabangsa.


Perdana Menteri mencetuskan idea bagi pergerakan seumpama itu dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2010 apabila beliau menyeru pemimpin-pemimpin dunia supaya bergerak ke arah mewujudkan “Pergerakan Moderat Global” melibatkan semua agama bagi memupuk keamanan dan pragtisme dan menolak kegiatan pelampau.


Persidangan tiga hari itu mengumpulkan 50 penceramah serta 350 peserta dari 70 negara.


Ia dianjurkan oleh alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bertemakan keamanan sejagat.


Dalam kata-kata aluan beliau dalam buku cendera hati persidangan itu, Najib berkata, masanya sudah tiba bagi golongan berpendirian sederhana dari semua negara dan semua agama mengambil langkah agar suara mereka didengar.


Katanya, persidangan itu bertujuan menyediakan satu platform bagi semua pihak belajar antara satu sama lain dan memupuk persefahaman ketika dunia menghadapi pelbagai ketidaktentuan.


"Sejarah membuktikan bahawa tamadun yang hebat perlu berdepan dengan perjuangan yang hebat juga.


"Namun, pada zaman ketika kita melalui kemajuan material, walaupun konflik dan pertembungan berlaku, ruang bagi mengadakan dialog dan sama-sama menikmati keamanan adalah lebih luas.


"Maka, penting bagi kita untuk menyerap satu visi untuk saling mempercayai berlandaskan perbahasan berhemah dan aspirasi,” kata Perdana Menteri. — BERNAMA


Read More
no image

0

Ketua kongsi gelap mati ketika berbalas tembak dengan polis


17/01/2012 11:35am


GEORGE TOWN 17 Jan. - Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II Zahruddin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu.


Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya.


Beliau berkata, polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.


"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis,” katanya kepada pemberita di sini.


Zahruddin berkata, berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. — BERNAMA


Read More
no image

0

Najib umum penubuhan Institut Wasatiyah


17/01/2012 1:06pm


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyah yang akan beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Turut diumumkan penubuhan Kerusi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta penubuhan Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.


Ketiga-tiga inisiatif terbaru itu kata Perdana Menteri, ditubuhkan ke arah mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan seterusnya menentang amalan ekstremis.


Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini hari ini. - UTUSAN


Read More
no image

0

Tubuh Jawatankuasa Penerangan Bahagian BN - Ahmad Maslan


17/01/2012 12:51pm


IPOH 17 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) peringkat bahagian diminta menubuhkan jawatankuasa penerangan bagi mempertingkatkan aktiviti memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung pelbagai isu berbangkit.


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, program sedemikian mesti berjalan pada kelajuan penuh dengan menggunakan pendekatan secara bersemuka dan juga media.


Program penerangan di setiap bahagian mesti dijalankan secara agresif memandangkan semua orang berasakan pilihan raya umum semakin dekat, katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.


Ahmad yang ditemui selepas merasmikan majlis empat peringkat penerangan BN, berkata, kejayaan BN pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada beberapa perkara termasuk barisan kepimpinan yang kuat bekerja, mempunyai rekod baik selain dasar kerajaan yang diterima rakyat.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak menafikan pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya turut mempunyai kesan.


Namun katanya, itu bukan penentu sebenar prestasi BN pada pilihan raya akan datang kerana rakyat bijak menilai. — BERNAMA


Read More
no image

0

Parlimen Pokok Sena mula agih BR1M


17/01/2012 12:58pm


ALOR SETAR 17 Jan. - Parlimen Pokok Sena hari ini memulakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan 854 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga menjadi kumpulan penerima pertama.


Penyelaras Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang menyampaikan sendiri bantuan itu berkata, agihan seterusnya ialah untuk penerima di DUN Bukit Lada.


Untuk DUN Bukit Lada agihan BR1M dijadual pada 25 Januari diikuti DUN Bukit Pinang pada keesokannya, kata Ahmad ketika ditemui pemberita selepas itu.


Beliau berkata, bantuan sebanyak RM500 untuk golongan berpendapatan rendah itu adalah antara pelbagai bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji.


"Malaysia bukanlah negara yang terlalu kaya sebagaimana negara-negara maju tetapi kerajaan BN masih mampu melaksanakan banyak program kebajikan untuk rakyat,” katanya. — BERNAMA


Read More
no image

0

TPM nafi BR1M bermotif politik pilihan raya


17/01/2012 1:11pm


SEMPORNA 17 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.


Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.


"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Muhyiddin berkata, program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan program turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.


Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.


Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.


"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.


"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol.


Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.


"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.


"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat,” katanya.


Muhyiddin berkata, Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negara ini.


Katanya, Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.


"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus,” katanya.


Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.


Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. — BERNAMA


Read More
no image

0

Malaysia jadi tumpuan pameran di Jerman


17/01/2012 1:14pm


STUTTGART (Jerman) 17 Jan. - Malaysia, yang mempamerkan dirinya sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik, menjadi tumpuan sebagai ”negara rakan kongsi” pada Pameran Pelancongan Pengguna CMT yang sedang berlansung di Stuttgart, dari 14 hingga 22 Januari.


Semasa majlis perasmian pada Sabtu, pavilion Malaysia dikunjungi Datuk bandar Stuttgart; diiringi Pengerusi Messe Stuttgart, penganjur pameran itu; dan pegawai tinggi Jerman yang lain.


Duta Malaysia ke Jerman Datuk Ibrahim Abdullah, datang dari Berlin ke Stuttgart untuk memberi sokongan kepada pertunjukan Malaysia.


Delegasi Malaysia diketuai Datin Normasilah Musa, pengarah serantau untuk pasaran antarabangsa di Tourism Malaysia, manakala pengarah pejabat Tourism Malaysia di Frankfurt Syed Yahya Syed Othman, merupakan orang penting bagi pertunjukan Malaysia.


Di sebalik krisis ekonomi di Eropah, yang membawa kepada kejatuhan nilai Euro yang menyebabkan pelancong Eropah berjimat, Malaysia masih boleh mencatat 1,147,992 pengunjung dari benua itu pada 2010.


Aliran pelancong dari Jerman ke Malaysia mencatat pertumbuhan dua peratus, dengan 130,896 ketibaan pada 2010. Ketibaan pelancong Jerman dalam tempoh Januari hingga Jun 2011 bagaimanapun merosot kepada 60,347 orang, turun 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya yang mencatat 63,778 ketibaan pelancong Jerman.


Kepentingan sektor pelancongan untuk ekonomi Malaysia boleh diukur daripada hakikat bahawa sektor itu menghasilkan pendapatan kira-kira RM56.5 bilion pada 2010.


Yang pasti, pelancongan muncul sebagai sumber kedua terbesar bagi pendapatan pertukaran mata wang asing selepas eksport perkilangan.


Dalam menekankan hakikat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan, Ibrahim mengutarakan mengenai “kekayaan budaya dan pelbagai kaum” sebagai kebanggaan Malaysia.


Kuala Lumpur, katanya, baru-baru ini dipilih sebagai destinasi terkemuka Asia 2011 pada Anugerah Pelancongan Dunia. — BERNAMA


Read More
no image

0

Anggota JPAM bantu Ops Sikap ke-25


17/01/2012 1:58pm


PUTRAJAYA 17 Jan. - Lebih 1,000 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negara ditugaskan dalam ”Ops Bantu 4” bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Sikap ke-25 sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan berkata ”Ops Bantu 4” dilancarkan bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa kemalangan dan mereka yang mengalami kerosakan kenderaan di jalan raya sepanjang Ops Sikap Ke-25 yang bermula semalam sehingga 30 Jan.


Sebanyak 105 buah ambulans, 69 buah kenderaan pacuan empat roda dan 50 buah motosikal digerakkan semasa ”Ops Bantu 4”, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Anggota “Ops Bantu 4” akan bertugas dam melakukan rondaan di 77 laluan di jalan-jalan persekutuan dan negeri, katanya.


"Sekiranya pengguna jalan raya menghadapi masalah ketika di jalan raya mereka hanya perlu hubungi talian 999 atau mana-mana pejabat JPAM yang terdekat untuk mendapatkan bantuan, katanya. — BERNAMA


Read More
no image

0

Sekolah memandu jadi stor ganja


17/01/2012 3:35pm


Oleh AZIAN AZIZ


SHAH ALAM 17 Jan. – Kegiatan seorang guru sebuah sekolah memandu yang menggunakan premis tempatnya bertugas sebagai stor simpanan 153.9 kilogram ganja bernilai RM1.7 juta terbongkar apabila polis menyerbu sekolah tersebut yang terletak di tepi Lebuh Raya Karak Gombak dekat sini kelmarin.


Serbuan pukul 4.30 pagi itu dibuat kira-kira dua jam selepas guru lelaki berusia 30 tahun itu diberkas bersama 1.9 kilogram ganja di kawasan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Gombak dekat sini kelmarin.


Semasa serbuan di sekolah memandu, polis turut memberkas seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang masing-masing berusia 38 tahun dan 33 tahun bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua yang ditahan dipercayai terlibat dengan satu sindiket pengedaran ganja di sekitar Lembah Klang yang telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu. – UTUSAN


Read More
no image

0

Tiket percuma konsert Avril Lavigne


17/01/2012 3:43pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Suruhanjaya Tinggi Kanada dengan kerjasama JS Concert Productions, memberi dua keping tiket percuma menonton konsert ”Black Star Tour” persembahan artis antarabangsa Kanada, Avril Lavigne di Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.


Setiausaha Kedua Bahagian Politik, Ekonomi dan Ehwal Awam suruhanjaya itu, Stuart Shaw berkata, permohonan boleh dibuat dengan menekan butang ”like” di http://www.facebook.com/CanadaMalaysia dan nyatakan apakah lagu Lavigne yang menjadi kegemaran anda untuk peluang memenangi tiket itu.


Jawapan yang betul akan dimasukkan ke dalam peti cabutan bertuah untuk menentukan pemenangnya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Peraduan itu akan berakhir pada tengah hari 15 Februari ini dan pemenang akan dihubungi menerusi facebook, kata Shaw.


Lavigne, seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik dari Napanee, Ontario, telah berjaya menempatkan single hitnya di peringkat antarabangsa seperti: ”Complicated”, ”Sk8er Boi”, ”I”m With You”, dan ”Losing Grip” dari 2002 6X platinum ”Let Go” diikuti dengan ”Girlfriend”, ”When You’re Gone”, dan ”Hot” dari platinum ”The Best Damn Thing” pada 2007.


Album keempatnya ”Goodbye Lullaby” dipasarkan pada Mac tahun lepas.


Lavigne juga telah melancarkan karier keduanya sebagai seorang usahawan dengan mencipta dan melancarkan jenama fesyen dan gaya hidup ”Abbey Dawn” juga pewangi, ”Black Star” dan ”Forbidden Rose”. — BERNAMA


Read More
no image

0

BSN mulakan Program Penggantian Perbankan Teras


17/01/2012 3:47pm


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan Program Penggantian Perbankan Teras yang menelan kos RM100 juta.


Ia telah memilih HeiTech Padu Bhd dan rakan kongsinya, BML Istirehat dan Juris Technologies, untuk melaksanakan sistem Perbankan Teras serta Pengasalan dan Pungutan Pinjaman bagi kedua-dua produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam.


Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Manin berkata, program yang akan berlangsung selama 24 bulan itu dijangka mengurangkan kos kendalian.


"Kami amat sedar bahawa penggantian sistem perbankan teras, sebagai sebahagian daripada transformasi perniagaan kami, bukanlah tugas kecil.


"Bagaimanapun, kami mengakui faedah-faedah yang bakal diraih, termasuk peningkatan pertumbuhan pendapatan disebabkan oleh perbezaan pelaksanaan yang lebih ketara, jualan silang, pengekalan pelanggan bernilai tinggi, kualiti kredit yang lebih baik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian dengan HeiTech Padu di sini hari ini.


Beliau berkata, perubahan sistem perbankan BSN ini akan secara langsung mengubah model perniagaannya, dan cara bank itu menjalankan perniagaannya serta meningkatkan daya saing, kecekapan kendalian dan pematuhan kawal selianya.


Dengan sistem yang bermodul, berskala dan amat anjal ini, Adinan menjangkakan program itu dapat memberikan kelonggaran bagi bank itu mencipta inovasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dinamik. — BERNAMA


Read More
no image

0

Muhyiddin yakin Sabah kekal “simpanan tetap” BN


17/01/2012 3:54pm


SEMPORNA 17 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan rakyat Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih baik dan cukup mantap.


Dalam hal ini, katanya, BN masih yakin dalam mengekalkan Sabah sebagai “simpanan tetap” untuk parti gabungan itu.


"Berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya dan maklumat yang diperoleh daripada pertemuan dengan pemimpin UMNO dan BN Sabah (di Kota Kinabalu) semalam, sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih bagus.


"Namun BN tidak berhenti setakat itu kerana tugas kita ialah memperbaiki hidup rakyat dan program Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) yang kita lakukan merupakan permulaan kepada banyak perkara yang kita buat untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.


Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas situasi politik terkini di Sabah, negeri yang dianggap sebagai kubu kuat BN.


"Kita bukan angkuh. Berdasarkan maklum balas yang kita terima termasuk daripada Ketua Menteri dan pemimpin BN yang lain, sokongan untuk BN di Sabah masih baik,” katanya.


Mengenai penubuhan parti baru termasuk di Sabah, beliau berkata, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membenarkan sesiapa sahaja menubuhkan parti baru asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


"Kita tidak risau dengan kewujudan parti baru kerana kita sudah melalui proses ini banyak kali tetapi syukurlah rakyat masih menyokong BN dan UMNO kerana mereka tahu BN dan UMNO benar-benar memperjuangkan nasib mereka,” katanya.


Ditanya mengenai ramalan pihak tertentu tentang pelbagai kemungkinan yang berlaku menjelang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata, BN tidak “terganggu” dengan apa juga kemungkinan kerana BN lebih fokus untuk membela nasib rakyat jelata”. Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan untuk menaikkan kadar elaun yang diberikan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman Sabah.


"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam kerana ia membabitkan kos pengurusan yang mungkin menelan belanja yang agak besar,” katanya.


Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementerian akan terus membantu membina dan menambah baik infrastruktur pendidikan di Sabah. — BERNAMA


Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button